Siapa sangka, artikel yang dikeluarkan melalui blog ini mampu menarikan perhatian kepada laman portal Pro Pakatan melalui rencana yang dibuatnya semalam. (Rujuk gambar dibawah)
Jika sebelum ini, ada dikalangan puak - puak Pakatan Haramjadah tu mempertikaikan soal isu perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan sebagai punca banjir di Kelantan. (Klik Sini )
Biarpun skopnya agak berbeza, tapi penyampaiannya tetap sama. Hakikatnya, ada dikalangan puak - puak Pakatan Haramjadah tu yang akan mengaitkan dua perkara tersebut.
Tajuk artikel yang disiarkan dalam TMI |
Dan perkara itu memang sudah kita jangkakan kerana minda puak - puak Pakatan Haramjadah ni sudah didoktrinkan sedemikian rupa. Semuanya pasti akan dikaitkan dengan Politik.
Rabu lepas, anak Si Nik Aziz tu tulis di Facebooknya: "Bencana banjir ingatkan umat Islam agar kembali kepada Allah dan jauhi murkaNya. Ia wajarkan kerajaan Kelantan terus istiqamah laksana syariat hudud."
Catatan itu kelihatan seperti nota muhasabah diri biasa apabila musibah melanda agar kita dapat melihat ke dalam diri sama ada ia satu ujian atau ia satu balasan daripada Yang Maha Kuasa.
Tapi, bagi sesetengah pihak yang tak dapat terima KEBENARAN, ia mengundang kemarahan apabila mentafsirkan tulisan itu sebagai satu seruan kepada perlaksanaan Hudud.
Ada juga yang kata, disebabkan kedegilan PAS Kelantan hendak melaksanakan Hudud, maka ditimpakan kepada mereka satu banjir yang boleh dianggap teruk ke atas Negeri itu.
Seperti mana yang telah kita nyatakan sebelum ini, jelas pemikiran puak - puak Pakatan Haramjadah ni memang susah untuk kita baca. Dalam kepala lutut mereka tak de benda lain.
Sedangkan sebelum ini pun, ada dikalangan pemimpin - pemimpin Pakatan Haramjadah tu yang boleh kaitkan Hudud dengan isu dana 1MDB sedangkan isu tu tak de kaitan pun. (Klik Sini )
Jadi, tak heran la kalau dikalangan pencacai - pencacai mereka pun boleh buat anggapan yang sama. Bak kata pepatah, "Macam mana acuannya, begitu jugak la hasilnya".
Semuanya dok asyik fikir pasal Politik semata - mata. Tak pernah sekali pun gamaknya diorang ni fikirkan soal nak menjaga kebajikan rakyat. Kalau Politik tu menguntungkan rakyat, tahan jugak.
Ini tidak. Semuanya berjuang demi memenuhi kemahuan nafsu serta kepentingan Politik Peribadi sendiri semata - mata. Jika perkara itu dibiarkan berlarutan, alamat jahanam la Negara jawabnya!!! Asyik sibuk nak ber-Politik je, sampai bila pun Negara takkan maju!!!
SUMBER: http://semuthitam80.blogspot.com/2014/12/kan-dah-kata-hudud-jugak-jadi-mangsa.html
0 comments:
Post a Comment