#RCISABAH ISTILAH 'PROJEK IC' DI SABAH HANYA SANDIWARA PEMBANGKANG




Sebelum ini ramai pihak terutama pembangkang mengaitkan Projek IC terhadap Kerajaan semasa pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bin Mohamad.



Tujuan mereka hanya satu iaitu cuba memberikan imej yang buruk kepada kerajaan BN semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir mahupun pemerintahan BN sekarang dengan mengaitkannya dengan pilihan raya.



Tetapi, pengumuman Laporan Siasatan Diraja (RCI) Pendatang Asing Di Sabah menjelaskan bahawa tiada langsung kaitan Projek IC dengan kerajaan sekali gus menggambarkan tuduhan pembangkang sebelum ini adalah palsu.



Sebaliknya, Laporan RCI Pendatang Asing Di Sabah yang dibacakan Ketua Setiausaha Negara, Dr. Ali Hamsa semalam mendapati tiada pengeluaran kad pengenalan kepada pendatang asing dibuat demi kepentingan politik khususnya atas nama ‘Projek IC’.



Menurutnya, berdasarkan laporan suruhanjaya itu, apa yang sebenarnya terjadi ialah pengeluaran kad pengenalan secara haram wujud disebabkan amalan rasuah oleh pegawai dan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang didorong faktor kewangan.



“(Suruhanjaya mendapati) kerajaan telah mengambil tindakan ke atas mereka yang mengeluarkan kad pengenalan dan dokumen pengenalan diri lain tanpa mengikut undang-undang. Ini menunjukkan bahawa ‘Projek IC’ yang dibangkitkan tak timbul,” katanya.



Dengan pengumuman Laporan RCI Pendatang Asing Di Sabah menandakan berakhirnya fitnah pembangkang bahawa kewujudan Projek IC itu didalangi kerajaan.





Sebaliknya, kehadiran pendatang asing di Sabah itu dicetuskan sindiket pemalsuan IC oleh ‘orang dalam’ JPN dan telah dikenal pasti serta diambil tindakan sewajarnya dalam usaha membasmi kegiatan tidak berakhlak ini.





SUMBER: http://ift.tt/1yQAIFn

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog