PEMBANGKANG MULA MEROYAN DALAM ISU RCI SABAH



Nampaknya Pakatan Rakyat (PR) sudah mula terasa dengan penerimaan rakyat terhadap Laporan RCI Sabah yang telah membongkar bagaimana sindiket IC menjadi punca kepada kehadiran pendatang asing tanpa izin.


Berikutan itu pembangkang mula terasa panas dan mula menghasut rakyat supaya tidak mempercayai Suruhanjaya Penyiasatan Mengenai Pendatang Asing Sabah dan laporan dapatan RCI.


Inilah permainan kotor PR yang mahu merosakkan pemikiran rakyat biarpun pada hakikatnya mereka hanya mampu menyalahkan sahaja..


Namun, sehingga tempoh siasatan RCI berakhir tiada seorang pun pemimpin PR yang tidak menyerahkan bukti sebaliknya hanya menyalak menyalahkan kerajaan.


Pemimpinnya PR dari Semenanjung tidak berterusan berkunjung ke Sabah untuk menyebarkan fitnah kononnya mereka prihatin tetapi, hakikatnya mereka sebagai batu api.


Jadi kenapa PR masih bising?? Kerana politik sempit mereka dan sudah ketandusan modal politik.


Mereka mahu terus menipu rakyat dengan dakwaan-dakwaan palsu tanpa bukti.


1. Kenapa Laporan RCI tidak sah kerana tidak ditanda tangani oleh panel-panel yang terlibat dalam RCI?


Jawapan: Segala prosedur dan tandatangan yang diperlukan telah selesai dilakukan. Penerbitan laporan tidak terjejas walau tiada tandatangan pada naskhah penerbitan


2. Tiada syarikat percetakan dinyatakan dalam buku laporan RCI?


Jawapan: Penerbitan laporan tidak memerlukan nama pencetak. Ia tidak menjejaskan sebarag isi kandungan dan tindakan masa depan


3. Kenapa kesemua lebih 5,000 bahan bukti ketika prosiding berlangsuang tidak disenaraikan/disertakan dalam buku laporan RCI?


Jawapan: Apa yang KSN sebut ialah 5,000 muka surat. Bukan 5,000 bahan bukti.


Penerbitan Laporan tentu sekali merupakan isi penting bagi tujuan penyediaan laporan kepada orang awam.


Tidak ada apa yg nak disorok krn s'jaya berfungsi dgn bebas tanpa campurtangan kerajaan. Malah kerajaan tidak mengetahui isi kandungan laporan sehinggalah selepas ia selesai dicetak oleh Suruhanjaya.


4. Kenapa PM tidak bentang di Parlimen?


Jawapan: Pembentangan di Parlimen tidak memberi sebarang implikasi kepada dapatan Suruhanjaya. Apa yang penting apa yang telah dirumuskan oleh Suruhanjaya mengikut ToR akan diambil tindakan susulan oleh kerajaan.


5. Kerajaan Persekutuan tidak ikhlas selesaikan RCI. Bukti, PM lebih pandang berat isu IS berbanding membahaskan dapatan RCI di Parlimen?


Jawapan: Penubuhan jawatankuasa yang akan dibentuk adalah halatuju jelas yang konstruktif.


6. Suruhanjaya yang dipengerusikan oleh PBS hanya retorik kerana tiada kuasa penyelesaian dan penguatkuasaan?


Jawapan: Ia bukaan retorik kerana segala syor dan pandangan penambahbaikan yang membina akan diangkat menerusi JK Tetap ke Kabinet.


7. Kenapa tidak libatkan semua pihak termasuk NGO dan pembangkang dan mereka yang lantang menyuarakan ISU RCI?


Jawapan: Kerajaan pasti membuka ruang platform yang inklusif kepada semua pihak berkepentingan menerusi struktur yang bakal dibentuk.


8. Daftar semula dan perkenalkan IC Sabah selaras dengan apa yang terkandung dalam perkara 20 (Kuasa Imigresen)?


Jawapan: Segala syor dan cadangan akan diteliti dan dikenal pasti oleh JK berkaitan sebelum diangkat utuk kelulusan Kabinet


Menerusi jawapan kepada persoalan di atas jelas bahawa kerajaan tidak sewenang-wenangnya membuat keputusan khususnya yang melibatkan keselamatan negara.


Seperti biasa, pembangkang tetap pembangkang selamanya.







SUMBER: http://ift.tt/12KEh4F

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog