Zahid nafi projek IC, sedangkan RCI Sabah kemuka bukti

RCI_Sabah


Roketkini.com





KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi harus berhenti dari terus ‘mengaburkan’ Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Sabah yang sudah memang sedia kabur kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.



Katanya, penafian Zahid tidak membawa sebarang makna kerana Laporan RCI Sabah itu sendiri menyebut kewujudan Projek IC kerajaan.



“Penafian kewujudan Projek IC ini sama sekali menolak laporan itu yang menyatakan bahawa ‘kemungkinan wujudnya projek IC’.



Tegas Kit Siang kesimpulan dan jawapan RCI Sabah sama ada wujud atau tidak, ia tertera di halaman 300 laporan tersebut.



“Secara ringkas, terdapat kebarangkalian wujudnya projek itu setiap masa,” kenyataan Laporan RCI Sabah pada muka surat 300 dipetik.



Ujar Kit Siang, penafian Zahid bukan perkara baru kerana sebelum ini Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Ali Hamsa dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail turut memainkan peranan sama.



“Ali mendakwa kerajaan tidak terlibat dalam Projek IC dan Gani mengatakan nama-nama yang meragukan dalam daftar pemilih telah dibuang.



“Mungkin ini juga puncanya mengapa Ahli Parlimen Kota Kinabalu Jimmy Wong , Adun Kepayan Dr Edwin Bosi dan beberapa wakil NGO dihalang menghadiri majlis pengumuman Laporan RCI Sabah 3 Disember lalu,” tegasnya.



Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut menyeru Pengerusi Jawatankuasa Kerja Laporan RCI Sabah Tan Seri Joseph Pairin Kitingan supaya memberi penjelasan berhubung 5,000 muka surat yang hilang dari laporan terbabit.



“Tidak ada siapakah yang boleh menjawab mengapa 5,000 muka surat telah hilang dari Laporan RCI?



“Adakah Joseph Pairin mempunyai akses kepada 5,000 muka surat yang hilang ini?, soalnya. – Roketkini.com





SUMBER: http://ift.tt/1zMe2HT

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog