Rakyat Sabah terkesan penarikan subsidi RON95











DETIK DAILY



KUALA LUMPUR: Rakyat Sabah akan terkena kesan teruk apabila subsidi bagi Petrol RON95 dan diesel diberhentikan pada 1 Disember 2014.



Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamid Ismail, dengan pelaksanaan sistem kaedah pengapungan terkawal yang akan menentukan harga minyak negara, harga barang-barang dan makanan di Sabah adalah terbuka kepada salahguna oleh peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawap.



“Senarionya boleh diringkaskan seperti berikut.



Memandangkan harga minyak negara akan bergantung kepada harga minyak dunia mulai 1 Disember 2014, sekiranya harga minyak dunia naik pada Disember 2014, harga-harga barang dan makanan di Sabah akan naik.



“Tetapi sekiranya harga minyak dunia turun pada Januari 2015, harga-harga barang dan makanan tadi akan tetap kekal pada harga seperti dalam Disember 2014.



“Trend semasa di Sabah ialah kenaikan harga minyak naik akan pasti menaikan harga barang-barang dan makanan tetapi harga barang-barang dan makanan ini tidak pernah turun selepas itu,” katanya

Katanya lagi, ia ditambah dengan polisi kabotaj yang ada di Sabah, harga barangbarang dan makanan di Sabah akan meningkat dengan tinggi dengan pemberhentian subsidi minyak.



Baginya, ini akan membebankan rakyat Sabah terutamanya golongan berpendapatan rendah.



Kata beliau, Perdana Menteri menjelaskan bahawa rakyat akan menerima faedah secara langsung dengan sistem kaedah pengapungan terkawal bermula 1 Disember 2014.



“Saya berpendapat bahawa alasan itu tidak munasabah.



Subsidi bertujuan untuk membantu rakyat.



Sekiranya subsidi minyak dihentikan, bagaimanakah sistem kaedah pengapungan tadi dapat menguntungan rakyat secara langsung terutamanya golongan berpendapatan rendah?” soalnya lagi.



Kata Hamid, masih segar dalam ingatan rakyat bagaimana setiap kali kerajaan menaikkan harga minyak negara, kerajaan akan mengeluarkan amaran tentang pendakwaan jenayah kepada peniaga-peniaga yang menaikkan harga barang- barang dan makanan secara sembarangan.



Tetapi tambahnya, walaupun amaran tersebut ada, harga barang-barang dan makanan di Sabah tetap melonjak naik.



“Sekarang bayangkan sekiranya subsidi minyak dihentikan.



Biarpun kerajaan akan mengeluarkan amaran yang saman, saya menjangkakan bahawa amaran tersebut tidak mampu menghalang peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawap dari menaikkan harga barang-barang dan makanan di Sabah,” tegasnya.



Beliau menjangkakan selepas ini akan ramai pakar ekonomi kerajaan dan prokerajaan yang akan tampil memberi pelbagai teori dan alasan menyokong keputusan kabinet menghentikan subsidi minyak.



“Tapi saya terfikir adakah mereka tahu perasaan rakyat Malaysia, terutamanya rakyat Sabah, setiap kali harga barang-barang dan makanan dinaikkan.



“Harga barang-barang dan makanan yang mahal menyusahkan dan membebankan rakyat. Dan semua orang tahu bahawa harga barang-barang dan makanan di Sabah adalah tidak sama dengan di Semenanjung Malaysia. Harga di Sabah adalah lebih tinggi,” ujarnya.



Apabila kerajaan memutuskan untuk menaikkan harga minyak negara, para menteri yang menasihatkan rakyat untuk mengubah gaya hidup mereka supaya belanjawan mereka dapat disesuaikan dengan keadaan semasa.



SUMBER: http://ift.tt/1vyyASv

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog