Tiada bukti Teresa Kok larang azan, mahu hapus tulisan Jawi

teresa_sankara_nair



Roketkini.com





KUALA LUMPUR: Tiada bukti Teresa Kok melarang penggunaan pembesar suara di masjid dan mahu menghapuskan tulisan Jawi di papan tanda di seluruh Kuala Lumpur, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.



Peguam Ahli Parlimen Seputeh itu, Sankara Nair berkata, penahanan anak guamnya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas tuduhan cuba mencetus ketegangan kaum sama sekali tidak benar, tidak berasas dan tidak munasabah sama sekali.



“Tiada bukti mengenai alasan dikemukakan kononnya Teresa menentang ejaan jawi di papan tanda jalan seluruh Kuala Lumpur dan melarang penggunaan pembesar suara di masjid,” kata Sankara ketika ditemui.



Sankara menjelaskan, tiada sebarang laporan polis dibuat dalam isu ejaan jawi dan pegawai masjid juga telah memberi keterangan Mei lalu bahawa Teresa tidak pernah melarang penggunaan pembesar suara .



“Oleh itu sekali lagi saya nyatakan, dakwaan keatasnya adalah tidak benar dan beliau langsung tidak menjejaskan keselamatan negara,” tegasnya.



Mahkamah Tinggi hari ini mengambil keputusan menangguhkan keputusan saman Teresa terhadap bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar kepada 22 Disember 2014.



Teresa sebelum ini pada 13 Mac 2009 mengemukakan saman terhadap Syed Hamid kerana menahan dan menangkapnya secara salah di bawah ISA pada tahun 2008.



Selain Syed Hamid, beliau juga menamakan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasaan, DSP E Kim Tien dan Kerajaan Persekutuan sebagai defendan.



Dalam tuntutan saman itu, Teresa menyatakan pada jam 11.15 malam, 12 September 2008 pihak polis menangkapnya di pintu masuk kediamannya di Pearl Tower OG Heights secara paksa dan memberhaya.



Beliau kemudiannya dibawa ke Balai Polis Wangsa Maju dan ditahan selama lebih dua jam tanpa diberi kebenaran untuk menghubungi saudara terdekat atau peguam.



Selanjutnya, Naib Pengerusi DAP memaklumkan beliau dihantar ke sebuah tempat tahanan rahsia sehingga 19 September tahun sama tanpa dibicarakan.



Tegas Teresa , penahanan tersebut dibuat dengan alasan tidak munasabah dan sesuka hati oleh defendan yang menyebabkannya mengalami tekanan mental, kesakitan dan keracunan makanan. – Roketkini.com





SUMBER: http://ift.tt/1uBpJKR

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog