Laporan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) Pendatang Asing Di Sabah yang dibacakan Ketua Setiausaha Negara di Kota Kinabalu petang tadi tidak menyebut kemunculan Projek IC seperti yang digembar-gemburkan pembangkang sebelum ini.
RCI Sabah yang menyiasat pemberian IC itu merangkumi tahun 1972 hingga 2012 dengan kebanyakan tahun pemerintahannya melibatkan pemerintahan zaman Tun Dr Mahathir.
Sebelum Laporan RCI Sabah itu dibentang dan dibacakan dan ketika Tun Dr Mahathir disoal siasat, pembangkang mendakwa kemunculan Projek IC dibiayai pada zaman bekas Perdana Menteri.
Namun, mereka lupa bahawa Sabah sendiri pernah diperintah pembangkang sebelum kedatangan UMNO. Malah, pernah suatu ketika kuasa mengeluarkan IC itu diberikan kepada kerajaan negeri Sabah.
Fakta ini tidak difikirkan pembangkang sebaliknya hanya ingat bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad adalah Perdana Menteri Malaysia yang paling lama.
Malah, Ketua Pembangkang yang turut disiasat ketika beliau masih dalam kerajaan dan memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan juga tidak yakin Tun Dr Mahathir terlibat dalam Projek IC.
Tetapi, apabila di luar siasatan Anwar Ibrahim bertindak sebaliknya dengan mengaitkan Tun Dr Mahathir sebagai orang disebalik Projek IC itu hanya kerana beliau pembangkang.
Pembentangan Laporan RCI Sabah itu sekaligus membersihkan nama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad daripada sebarang atau mana-mana projek IC.
Yang pasti, pembangkang tidak akan berhenti di sini sebaliknya akan terus mencari jalan untuk memburukkan nama pemimpin kerajaan demi mahukan kuasa walaupun menyedari pemimpin mereka bersalah dan pembohong.
SUMBER: http://ift.tt/1vKNx46
0 comments:
Post a Comment