#RCISABAH WUJUDNYA ESSCOM DAN ESSZONE SEBAGAI MENGEKANG LALUAN HARAM PENDATANG ASING TANPA IZIN DI SABAH


Kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan rakyat Sabah berada dalam keadaan selamat dan sejahtera.



Di Sabah, banyak laluan terbuka telah dikenal pasti sebagai laluan haram kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) memasuki Sabah tanpa sebarang kawalan.



Bagi mengatasi permasalahan ini, kerajaan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah melakukan beberapa tindakan proaktif dalam menangani isu kedatangan PATI ke Sabah.



MKN telah melaksanakan penguatkuasaan dan menyelaras Operasi-Operasi berkaitan Peraturan Tetap Operasi Laluan Ditetapkan (Designated Route) yang telah dilaksanakan di kawasan perairan negeri Sabah.



Designated Route ialah satu laluan laut yang diwujudkan diperairan Pantai Timur Sabah bagi mengawal laluan bot-bot pedagang dan penumpang asing yang masuk dan keluar daripada pelabuhan di Sabah.



Tujuannya hanya satu ialah menjamin keselamatan di perairan Pantai Timur Sabah supaya senantiasa selamat dan bebas daripada kegiatan jenayah dan pencerobohan selain memudahkan urusan pemantauan secara berterusan.



Kerajaan juga sentiasa siap siaga dengan menyelaras pelaksanaan Ops Belasah dan Ops Pasir yang diketuai Angkatan Tentera Malaysia yang sentiasa bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan.




Untuk itu, kerajaan telah menubuhkan ESSCOM dan ESSZONE sebagai langkah bagi mengekang laluan-laluan haram yang dijadikan PATI untuk memasuki Sabah secara haram.



Dalam pada itu, ESSCOM juga melaksanakan kawasan ESSZONE pada waktu malam sebagai langkah terbaru sebagai langkah bagi mengekang kemasukan PATI ke Sabah melalui laluan haram.



Selain kawasan ESSZONE, penglibatan agensi penguatkuasaan seperti Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Tentera Laut Di Raja Malaysia, RELA dan kerajaan tempatan dalam pemantauan dan menguatkuasakan undang-undang juga sebahagian daripada usaha kerajaan menjaga keselamatan negara.







SUMBER: http://ift.tt/1yucSAa

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog