Menteri kata terbaik urus banjir tetapi realitinya sangat lemah





Azuan Ab Rahman



KUALA LUMPUR: Dakwaan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim bahawa negara ini merupakan antara yang terbaik dalam pengurusan banjir di tempelak Abd Aziz Kadir.



Azizi yang juga Pengerusi KEADILAN Kelantan berkata apa yang didakwa menteri itu tidak mengambarkan realiti yang berlaku sekarang.



Sehingga berita ini ditulis kira-kira lebih 60,000 penduduk di Pahang, Kelantan, Terengganu, Perak, perlis dan Sabah terpaksa berpindah.



Shahidan ketika menjawab soalan semasa sidang Dewan Rakyat sebelum ini dipetik berkata pengurusan banjir di negara ini merupakan antara yang terbaik jika dibandingkan dengan negara- negara lain termasuk negara maju seperti Amerika Syarikat (AS).



“Kerajaan pusat mempunyai semua kelengkapan yang mencukupi, kita hairan kerana mereka seolah-olah gagal melakukan sesuatu.



“Bencana ini dihadapi hampir setiap tahun, seharusnya dari awal Majlis Keselamatan Negara (MPN) bersedia dan melakukan persediaan yang seharusnya.



“Dalam keadaan ini, seharusnya kesemua agensi kerajaan dikerah untuk melakukan operasi menyelamat mangsa banjir,” tegas Aziz.



Satu laporan media menyatakan seramai 500 mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manek Urai berada dalam bahaya apabila air sudah mencecah sehingga ke tingkat tiga bangunan sekolah.



10848759_954597507901642_3402421058306906055_o Mengulas keadaan itu, Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kelantan dipetik berkata pasukan keselamatan buntu dan sehingga petang Rabu lalu kesemua mangsa tidak mampu dipindahkan kerana tiada lokasi selamat.



Sementara itu di Pahang, Pengerusi KEADILAN negeri, Datuk Fauzi Abd Rahman melahirkan rasa kecewa dengan tindakkan Majlis Keselamatan Daerah (MKD) dan Majlis Keselamatan Negeri (MKN) yang dilihat meminggirkan Ahli Parlimen pakatan rakyat dalam setiap mesyuarat bagi membincangkan persediaan menghadapi bencana alam seperti banjir.



Jelasnya pihak keselamatan seharusnya mengadakan perbincangan dengan Adun terlibat bagi mencari jalan mengurangkan risiko banjir.



“Majlis Keselamatan Negeri tidak berjiwa besar untuk memanggil kita duduk berbincang tentang perkara itu.



“Seharusnya kita dipanggil bagi memberi cadangan dan pandangan bagi mencari jalan penyelesaian jangka panjang bagi mengurangkan risiko banjir,” tegasnya ketika dihubungi.



Selain itu, bahagian utara Perlis turut dilanda banjir berikutan hujan berterusan dan 93 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan hari ini.



Di Perak, 170 orang di kawasan Lenggong, Sungai Siput dan Ipoh dipindahkan ke lima pusat pemindahan banjir selepas rumah mereka dinaiki air sejak malam semalam manakala hampir 400 mangsa banjir di daerah Tenom dan Beaufort, Sabah ditempatkan di tujuh pusat pemindahan setakat Selasa.



SUMBER: http://ift.tt/13EyNZI

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog