Kenyataan Kit Siang Petanda Jangka Hayat Pakatan Pembangkang Bakal Berakhir - Salleh




KOTA KINABALU, 9 Dis – Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak menyifatkan kenyataan penasihat DAP, Lim Kit Siang yang meragui pakatan akan terus bertahan sehingga ke PRU ke 14 sebagai satu isyarat yang jelas bahawa pergolakan dalaman antara ketiga-tiga parti tersebut kini berada di tahap kritikal yang bakal mengundangkan kepada perpecahan.

Kata beliau, berdasarkan senario politik pakatan pembangkang sejak kebelakangan ini sememangnya jelas memperlihatkan keretakan yang serius dalam perpaduan dan perhubungan antara ketiga-tiga parti tersebut.



“Bagi saya, perkara ini memang sudah kita jangkakan sejak dari awal lagi di mana pakatan antara ketiga-tiga parti itu tidak akan kekal lama. Jika kita lihat sejarah, perkara yang sama juga berlaku ketika Pas, PKR dan juga DAP membentuk Barisan Alternatif yang akhirnya berpecah.



“Apa yang saya lihat, ketiga-tiga parti itu membentuk pakatan rakyat adalah semata-mata untuk satu matlamat iaitu menjatuhkan BN sebagai pemerintah dan tidak ada perkara lain yang menyatukan mereka selain matlamat itu. Jika dilihat dari sudut ideologi dan pegangan politik ketiga-tiga parti itu jelas sekali amat berbeza sekali seperti langit dan bumi.



“Faktor ideologi politik yang amat berbeza ini bagi saya merupakan satu faktor utama yang menyebabkan kerjasama mereka akan menghadapi masalah dan seterusnya membawa kepada perpecahan, sepertimana yang berlaku ketika mereka membentuk barisan alternatif pada tahun 1999 dulu,” jelas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.



Tambah Salleh, harapan mereka untuk menjatuhkan BN melalui PRU ke 13 terlalu tinggi namun mereka gagal dan kegagalan ini ternyata telah mengundang rasa kecewa yang amat mendalam terhadap kepimpinan pembangkang khususnya Dap.



“Kegagalan mereka untuk menumbangkan BN ini sebenarnya telah memberikan kesan yang kuat kepada pakatan itu sendiri. Ditambah pula dengan isu MB Selangor yang tercetus dari sikap Anwar dan PKR yang pandai-pandai sendiri seperti isu Langkah Kajang juga telah menyebabkan timbulnya konflik yang semakin parah antara ketiga-tiga parti tersebut khususnya antara Pas dan Dap.



“Dan kemelut pemilihan MB Selangor inilah sebenarnya kemuncak kepada kemelut dan konflik dalaman pakatan pembangkang apabila antara ketiga-tiga parti itu sudah hilang kepercayaan khususnya Dap dan Pas yang saling bertelagah dan salah menyalah antara satu sama lain.



“Ia juga sebenarnya telah membuka tembelang kelemahan dan ketidakmampuan Anwar untuk mengetuai pakatan pembangkang yang telah menyebabkan hilangnya kepercayaan kepimpinan Dap dan Pas terhadap beliau,” jelas lagi.



Beliau seterusnya berkata bahawa pakatan pembangkang bukanlah satu pakatan yang boleh diharapkan untuk mentadbir negara dengan lebih baik daripada kerajaan yang sedia ada pada hari ini.



“Mereka ini berpolitik hanya untuk kepentingan peribadi dan untuk kepentingan agenda parti masing-masing, dan bukannya untuk rakyat. Perkara ini terbukti dengan segala konflik dan perpecahan dalaman yang semakin kritikal hari ini yang bagi saya, mungkin tidak akan dapat diselamatkan.



“Jadi rakyat di negara ini harus melihat perkara ini dengan fikiran yang rasional dan bukan berdasarkan sentimen dan emosi bahawa pakatan pembangkang bukanlah satu gabungan parti yang mampu memerintah dan mampu membawa negara untuk ke tahap yang lebih baik dari apa yang ada hari ini,” akhirnya.





SUMBER: http://ift.tt/1waEXuf

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog