“Hadi Awang, datanglah mesyuarat”

wong_kah_woh

Roketkini.com



SUBANG: Perwakilan DAP Perak Wong Kah Woh sekali lagi menggesa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menghadirkan diri ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR).



“Kerjasama DAP dalam PR sentiasa utuh, malangnya terdapat beberapa pimpinan PAS yang degil dan tidak mahu mengadakan perbincangan.



“Saya menyeru segelintir pemimpin PAS yang degil termasuk Hadi Awang hadir pada mesyuarat Majlis Pimpinan PR agar agenda dan kerja dapat diteruskan,” katanya.



Katanya, sekiranya Hadi atau mana-mana individu yang mempunyai autoriti dalam parti di kalangan komponen tidak dapat hadir ke mesyuarat Pakatam mandat tersebut harus diberikan kepada wakil parti.



“Ini kerana Pakatan Rakyat perlu terus bekerja dan maju ke depan,” kata Wong, disambut tepukan gemuruh perwakilan.



Bimbang dengan masalah yang berlanjutan pimpinan di peringkat tertinggi, Adun Canning itu turut mengutarakan tiga cadangan untuk memperkukuhkan lagi ikatan setiakawan gabungan Pakatan Rakyat.



“Cadangan yang pertama adalah Majlis Tertinggi PR seharusnya mengadakan mesyuarat sebulan sekali.



“Kedua, sesiapa saja yang ingkar dengan keputusan tersebut tidak layak lagi menjadi pemimpin.



“Terakhir, setiap negeri diwajibkan menubuhkan Majlis Tertinggi PR sebagai contoh Perak sehingga kini saja telah mengadakan perbincangan sebanyak 60 kali,” tegasnya.



Pakatan masih ‘berhutang’ dengan pengundi



Terdahulu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, perserikatan Pakatan Rakyat hanya mampu menang di Putrajaya apabila mendapat sokongan dari semua kumpulan etnik termasuk majoriti orang Melayu, di seluruh Sabah dan Sarawak.



Ini kerana katanya, Pakatan Rakyat masih ‘berhutang’ dengan 52 peratus pengundi di seluruh negara yang memberi sokongan dalam pilihan raya umum ke-13 yang lalu.



“Kita mesti membentangkan agenda dasar koheren, konsisten dan boleh meyakinkan golongan atas pagar, kerana asas partisan setiap pihak tidak cukup untuk membawa kita pergi lebih jauh.



“Biar saya berterus-terang. Tidak boleh ada lagi ulangan krisis Menteri Besar Selangor dan segala akibat perpecahan darinya.



Bagi menggambarkan hasrat aktivis akar umbi DAP dan penyokong Pakatan Rakyat, Guan Eng turut mengungkap bidalan Melayu.



“Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Gunung sama didaki, lurah sama dituruni, Biar putih tulang, jangan putih mata,” katanya. – Roketkini.com





SUMBER: http://ift.tt/1GF8Pls

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog