#RCISABAH: KERAJAAN PERLU PERTINGKATKAN KELEMAHAN DALAM PERMOHONAN IC




Laporan RCI Pendatang Asing Di Sabah telah mengenal pasti punca kepada pengeluaran IC yang terlalu banyak di Sabah.



Dalam Laporan RCI Pendatang Asing Di Sabah yang dibacakan Ketua Setiausaha Negara, Dr. Ali Hamsa mendapati tidak terdapat sebarang petunjuk jelas bahawa proses permohonan dan pengeluaran kad pengenalan yang dikeluarkan JPN adalah menyalahi Peraturan Pendaftaran Negara 1972.



Sebaliknya, tegas Dr. Ali, apa yang salah dalam proses tersebut ialah tatacara untuk memohon dan mendapatkan kad pengenalan telah disalahgunakan oleh pemohon, dengan memberi maklumat peribadi tidak tepat sebelum (maklumat tidak tepat itu) disahkan pula ketua kampung.



“Suruhanjaya mendapati penggunaan akuan berkanun atau surat akuan yang sebenarnya memudah dan menyerlahkan penyalahgunaan tersebut (maklumat peribadi tidak tepat),” katanya.



Ini ditambah pula dengan ketiadaan integriti yang dimiliki penjawat awam yang bekerja di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sehingga menyebabkan gejala itu berleluasa tanpa kawalan dan pemantauan berterusan di peringkat atasan.



Namun, sekarang ini bukan masa untuk menuding jari kepada siapa yang bersalah kerana individu yang terbabit telah pun dikenakan hukuman.



Sekarang ini masa untuk mengatasi dan memperbaiki kelemahan yang telah dikenal pasti bagi membolehkan kejadian yang sama tidak berulang.



Disarankan agar setiap penjawat awam yang berisiko dalam mengeluarkan dokumen penting yang melibatkan keselamatan negara perlu diberikan latihan dan pengkhususan dalam meningkatkan integriti supaya lebih jujur dan bertanggungjawab.





Ini bukan sahaja tertakluk kepada pegawai di JPN, tetapi juga penjawat awam di peringkat lain seperti Jabatan Imigresen Negara, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan mereka yang berurusan dalam mengeluarkan dokumen penting kerajaan dalam usaha membasmi unsur penyalahgunaan kuasa dan rasuah.





SUMBER: http://ift.tt/1AiaxaP

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog