Kerajaan perlu dengar keluhan tentang APMM




Berikut adalah surat terbuka peringatan yang tersiar di portal Sabahkini tahun lepas 2013 selepas peristwa Lahad Datu:



Wednesday, March 20, 2013



Skandal Anak Perdana Menteri Malaysia?



PERDANA Menteri Malaysia Najib Razak; Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin; Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussien dan Bekas Ketua Setiausaha Negara, Sidek Hassan bertanggung jawab sepenuhnya kerana Pengganas Sulu yang menjenamakan diri mereka sebagai 'Tentera Sulu' berjaya dengan mudahnya masuk ke Lahad Datu tanpa sebarang sekatan.



Tuntutan kerajaan Sultan Sulu ke atas Sabah bukan perkara baru dan telah wjud begitu lama sebelum ini; tetapi tidak berlaku sehinggalah kemasukan Pengganas Sulu dengan begitu mudah.

Setelah sekian lama PDRM diamanahkan untuk menjalankan tugas menjaga keamanan dan keselamatan Perairan Negara termasuk Perairan Sabah sejak sebelum merdeka lagi.



Pada tahun 2011, Ketua Setiausaha Negara, Sidek Hassan pada masa itu telah memainkan peranan menipu Perdana Menteri dengan mengatakan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) yang baru ditubuhkan mampu dan berupaya mengambil alih tugas mengawal keselamatan perairan Negara.



Pada hal, pada masa itu APMM yang digelar sebagai 'Anak Perdana Menteri Malaysia' memang tidak mampu kerana masalah dalaman atau 'Lelaki Mati Pucuk'.



Pada tahun 2011, Perdana Menteri Najib Razak telah mengarahkan Ketua Polis Negara Ismail Omar supaya PDRM menyerahkan semua tugas mengawal perairan Negara kepada APMM.




Baca Selangor Chronicle SINI



Dengan itu, Polis Marin yang menjadi pasukan utama PDRM dalam menjalankan tugas tidak lagi mengawal keselamatan perairan Negara sejak awal tahun 2011. Tugas berkenaan diserahkan sepenuhnya kepada APMM.



Sebanyak 71 unit kapal dan bot ronda PDRM; manakala seramai 1,200 anggota Polis Marin dan juga 8 pengkalan marin di seluruh negara difaraidkan kepada APMM.



Dengan itu PDRM 'lumpuh anggota' dan tidak mempunyai keupayaan lagi untuk menjalankan tugas mengawal perairan dan persisiran negara.



APMM diwujudkan oleh Perdana Menteri Malaysia dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri; di bawah jagaan Timbalan Perdana Menteri. Ratusan juta ringgit peruntukan kewangan disediakan untuk kegunaan APMM.



Lebih kurang RM 130 juta disediakan untuk membaik pulih bot dan kapal antik yang yang diambil dari PDRM, TLDM, Kastam dan juga Jabatan Perikanan.



Lebih memalukan, Ibu pejabat APMM di IOI Putrajaya disewa dengan kos lebih kurang RM 800,000 sebulan.



Sebuah syarikat dilantik untuk menjadi konsultan kepada APMM bagi kerja-kerja pembaikan bot dan kapal antik dengan bayaran RM 1 juta sebulan.



Setiap kerja pembaikan yang dijalankan syarikat itu mengenakan caj tambahan sebanyak antara 10 hingga 15 percent bagi setiao kerja yang dibuat.



Pejabat pejabat dan pangkalan APMM di merata tempat di seluruh Negara disewa dengan kos antara RM 40,000 hingga RM250,000 sebulan



Banyak lagi perbelanjaan yang di gunakan oleh APMM tetapi amat malang bagi Negara Malaysia, APMM hanya pandai berlakon sahaja.



Bot-bot APMM tidak menjalankan rondaan dan operasi di laut perairan Negara. Mereka hanya main wayang sahaja. Bot-bot APMM hanya melalui kawasan operasi, selepas itu terus masuk ke pelabuhan dan rehat di pelabuhan.



Pada keesokan harinya apabila hari siang, barulah mereka melalui semula kawasan operasi. Mereka tidak berada di kawasan operasi. Kalau tidak percaya, pergilah sendiri kepada nelayan atau pengguna laluan laut. Itulah sebabnya Pengganas Sulu berjaya masuk dengan senang dan mudah tanpa sebarang rintangan.



Semasa Polis Marin menjaga perairan dahulu, Polis Marin memang sentiasa berada di laut kecuali jika bot atau kapal rosak untuk dibaiki, barulah mereka meninggalkan kawasan operasi.



Pada masa ini, di kawasan operasi di Lahad Datu, bot APMM memang tidak kelihatan. Bot mereka akan hanya kelihatan berada di kawasan itu jika ada menteri atau orang atasan hendak melawat kawasan itu.




Baca Selangor Chrocicle SINI



Bot APMM akan menunjukkan diri sebentar, selepas itu akan hilang menyorok tidak tahu di mana. Ini yang sedang berlaku tetapi tidak diketahui oleh PM dan TPM.



Ketua Pengarah APMM pula dengan lantang menyatakan APMM tidak dapat melaksanakan tugas disebabkan kapal kapal dan bot telah lama dan uzur.



Alasan itu tidak dapat diterima sama sekali kerana semasa kapal dan bot itu diambil alih, kerajaan telah menyediakan wang sebanyak lebih kurang RM 130 juta untuk pembaikan.



Sehubungan itu saya mencabar kerajaan BN kembalikan semula bot yang diambil alih dengan anggota yang diambil kepada PDRM. Saya yakin dan pasti PDRM mampu melaksanakan tugas mengawal perairan negara. PDRM telah terbukti kemampuannya dan mempunyai sejarah pencapaian luar biasa selama ini walaupun hanya diberikan bot yang antik dan usang.



Salam Hormat,



WARGA PERSISIR PANTAI



-Sabahkini.net








SUMBER: http://ift.tt/1m8PNsA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog