TERDESAK DAP SARAWAK MINTA BANTUAN AMERIKA SYARIKAT UNTUK ‘RAMPAS’ SARAWAK




Hubungan pemimpin Pakatan Pembangkang dengan kedutaan asing bukan perkara baru bahkan secara jelas semasa PRU-13 di mana sumber kewangan mereka dibiayai oleh beberapa NGO’s luar negara yang mahu ‘merampas’ keamanan Malaysia.



Terbaru, DAP Sarawak yang bercita-cita tinggi untuk ‘merampas’ Sarawak daripada BN ekoran kejayaan cemerlang mereka dalam PRN Sarawak Ke-10 lepas telah mula menyusun strategi.



DUN Sarawak Ke-10 ini akan berakhir kira-kira dua tahun lagi sebelum diadakan PRN Sarawak Ke-11 yang tempoh matangnya berakhir Jun 2016.



Strateginya, pemimpin-pemimpin DAP Sarawak telah menemui Duta Besar Amerika Syarikat ke negara ini secara sulit bagi membincangkan beberapa perkara berhubung politik semasa.



Atas sebab itu gerakan mahu mengeluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia telah semakin kuat kedengaran di media sosial mahupun penganjuran menerusi dialog dan forum.



Gerakan mengeluarkan Sabah dan Sarawak yang didalangi oleh DAP terutama menerusi kempen-kempen aktif menerusi media sosial, dilihat semakin menjadi-jadi selepas pertemuan rombongan pemimpin DAP Sarawak dengan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Joseph Y. Yun pada awal tahun ini.






Perjumpaan tertutup tersebut diadakan bersama-sama tiga orang pemimpin DAP iaitu Chong Chien Jen, Wong King Wei dan Violet Yong Wui Wui.






Sekiranya DAP Pusat bercita-cita mahu mencantumkan Singapura kembali ke dalam Malaysia, DAP Sarawak pula bercita-cita besar untuk menguasai Sarawak dan Sabah dengan mengeluarkan kedua-dua negeri tersebut daripada Persekutuan Malaysia.



DAP dalam ceramah-ceramah mereka turut 'mengajar' Bumiputera Sabah dan Sarawak bahawa mereka dan Melayu bukanlah satu bangsa, sebaliknya bangsa yang berasingan walaupun dari segi ilmu antropologinya, semua kaum Bumiputera di Nusantara adalah dari ras Melayu.





Apa yang pasti DAP Sarawak kini telah mengubah pendekatan mereka demi mahu menakluki Sarawak dengan meletakkan calon Bumiputera khususnya orang Melayu dan Iban serta Bidayuh di kawasan majoriti bagi berhadapan dengan BN.



Seterusnya di Flying Kick SINI





SUMBER: http://ift.tt/1o15Wmo

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog