KATAK Sabah bernama Lajim Ukim. Pendidikannya tidaklah setinggi mana. Setakat tingkatan 3 sekolah bantuan kerajaan sahaja, tetapi kerana bijaknya dia berpolitik, dia menjadi kaya raya dan pada penghujung hayatnya bersama-sama Barisan Nasional ialah kemuncak kemarahannya kepada Ketua Menteri Sabah, Musa Aman apabila Ketua Menteri itu membatalkan jualan tanah laut yang dibuat oleh Lajim Ukin kepada seorang taukeh Cina di Sepanggar.
Lajim Ukin menyertai PKR dan Anwar Ibrahim setelah tertipu dengan janji-janji manis Anwar Ibrahim untuk melantiknya sebagai Ketua Menteri Sabah selepas begitu yakin Pakatan Rakyat akan merampas Sabah dari Barisan Nasional.
Dan semenjak itu, nasib malang Lajim Ukin tidak kunjung padam dan sentiasa bertali arus.
Lajim Ukin sekarang ini dikatakan sedang menghadapi masalah kewangan yang sangat kritikal dan sudah banyak harta benda dan kewangannya dikikis oleh Anwar Ibrahim. Harta kekayaan dan wang ringgit yang dicuri oleh Lajim Ukin daripada rakyat Sabah dan menipu kerajaan, kini telah dirampas oleh Anwar Ibrahim secara halus.
Justeru, dalam masa terdekat iaitu sebelum atau sesudah Hari Raya Aidil Fitri tahun ini, Lajim Ukin akan mengumumkan untuk melepaskan semua jawatannya dalam PKR dan Pusat. Dan sekalipun Mahkamah Persekuan telah memutuskan dia kekal sebagai ADUN Kelias, namun Lajim sudah brtekad untuk mengisytiharkan dirinya sebagai ADUN Bebas yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan PKR lagi.
Sepanjang berada dalam PKR, Lajim Ukin terpaksa menggunakan wang ringgitnya untuk PKR tanpa sebarang bantuan dari PKR Pusat. Pada peringkat awalnya, Lajim menyangkakan, dia dapat menambah kekayaannya dengan duit daripada Anwar Ibrahim, malangnya Anwar Ibrahim jauh lebih licik darinya. Sebelum dia menipu dan mengenakan Anwar, Anwar terlebih dahulu yang mendajalkannya.
Modal Anwar Ibrahim cukup mudah dan murah iaitu MENJANJIKAN BULAN BINTANG buat Lajim Ukin. Terpesona dengan janji-janji Anwar Ibrahim itu, Lajim Ukin akhirnya kehilangan kekayaan yang diperolehi dengan jalan menipu.
SUMBER: http://ift.tt/1otPrBl
0 comments:
Post a Comment