#MH17 - "I-PAD MANGSA" UPDATE STATUS DALAM FB!!!




Ini satu berita yang mengejutkan. Dilaporkan dalam laman media semalam, keluarga mangsa pesawat MH17 telah cuba dihubungi melalui aplikasi Facebook milik mangsa.



Status yang dimuat naikkan oleh Datuk Seri Hishamuddin mencerita bagaimana seorang keluarga mangsa mendedahkan perkara tersebut sewaktu bertemu di KLIA.



Katanya, pihak keluarga mangsa tersebut cuba menghubungi mereka melalui aplikasi tersebut yang didakwa dilakukan oleh orang yang tidak dikenali.




Laporan yang disiarkan dalam laman portal Suara Generasi Baru itu diantara lain menyebut pertemuan Datuk Seri Hishamuddin dengan Kapten Lee Vee Weng;



“Isterinya seorang pensyarah Universiti Malaysia Sabah yang ke Eropah untuk membentangkan kertas kerja di Universiti Antwerp yang membawa adik perempuan bagi membantu menjaga anak lelaki mereka yang berusia setahun ketika dia menghadiri persidangan.



“Seseorang telah menemui iPad isterinya dan cuba menghubungi ahli keluarga menerusi Facebook yang tidak didaftar keluar. Individu itu menghantar mesej kepada kakak mangsa yang kebetulan online namun mesej tersebut dalam bahasa Rusia,” katanya.



Sehubungan dengan itu, Kerajaan Malaysia meminta pihak Tentera Ukraine agar mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjejaki individu terbabit.



Tegas Datuk Seri Hisham, ianya adalah amat penting bagi pihak Kerajaan Ukraine menjalankan siasatan secara bebas dalam insiden kali ini.



Malah, Kerajaan Malaysia melihat kepentingan bagi 30 orang anggota SMART diberikan kebenaran untuk memasuki kawasan tragedi secepat mungkin.





SUMBER: http://ift.tt/WlygIL

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog