Halamak ai!!! Ni apa cerita pulak ni? Orang lain bawak kereta atas jalan raya. Yang tiga orang awek ni bawak kereta dalam parit menda kejadahnya pulak?
Diorang ingat kereta tu boleh jadi kapal selam ke? Kalau kereta tu dibuat untuk "James Bond" ke, boleh jugak kita nak percaya yang ianya boleh jadi kapal selam.
Tapi ceritanya, tiga orang awek ni terbabas sehingga menyebabkan kenderaan yang diorang naiki terjunam ke dalam parit yang dipenuhi air.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di dalam kawasan yang berhampiran dengan bangunan RTM Kota Kinabalu, Sabah menyebabkan ketiga - tiga orang awek tu kebasahan.
Nasib baik la diorang sempat keluar dari kereta tu sebelum ianya tenggelam, dan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan. Mereka telah diselamatkan oleh orang ramai yang berada dikawasan berhampiran.
SUMBER: http://ift.tt/1mj6odl
0 comments:
Post a Comment