Sebastian Trudeau terus sokong MAS; Ada orang M''sia menyalah dan memandai ...




Seorang putih bersimpati dan mahu tetap bersama sokong dengan menerbangi MAS mengikut jadual penerbangan bulan Oktober.

Hebat orang yang tahu bersimpati ... tak macam orang Malaysia yang hanya tahu mengkritik ketika negara sedang hadapi krisis.



Ada pula blogger sibuk nak jadi pakar aviation dan strategis ketenteraan tangkap muat nak memandai-mandai mengejar ranking. Padahal ketika ini kita menagkis pembohongan dan fitnah






Dato' Seri Najib,

Ujian yang maha berat ini

Ketika tragedi MH17 dan MH370

Kita sugul dan bersedih,

Bagaikan Gunung Kinabalu runtuh menyembah bumi

menimbus hati jiwa dan raga,



Namun Dato' Seri,

Usah dikau bergundah,

Jangan dikau patah hati,

Airmatamu Airmata rakyat,

Kerana di saat sukar ini,

Rakyat mendamba semangatmu,

Rakyat menjadi kuat kerana ketenanganmu,

Rakyat hidup di tengah keabdianmu,







Percayalah Dato' Seri,

Musuh-musuh yang berkeliaran

Yang bercita-cita meranapkan negara kita

Tidak akan punya hati perut

Walau dua pesawat sudah hilang

Walau Sabah diserang siang dan malam

Walau parasit-parasit bermaharajalela

Mereka hanya akan berhenti

Apabila Malaysia sudah hilang,






Dato' Seri

Selagi hayat di kandung badan

Jangan berhenti melangkah

Jangan mengalah di tengah medan

Jangan rebah jangan berundur,

Kerana rakyat rela berkorban

Harta nan nyawa

Demi negara yang tercinta.






Mari kita melangkah Dato' Seri,

Mari menjadi Pahlawan Malaysia

Mari menjadi Penggawa Negara

Kuatkan semangatmu

Teguhkan pendirianmu

Negara tidak akan punah

Negara tidak akan hancur

Negara akan terus merdeka

Bersama ketenangan dan iltizam mu.



Bangun Dato' Seri kami bersamamu

Bangun Dato' Seri kami di belakangmu

Bangun Dato' Seri kami berjanji

Selagi hayat di kandung badan

Biar putih tulang nan putih mata

Padang jarak nan padang tekukur

Kita akan bersama-sama

Mengharungi onak dan duri

Demi Malaysia yang tercinta...



Al-Azharri Siddiq,

KLIA.















SUMBER: http://ift.tt/1ljZXqT

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog