Hah! Cuba kita perhatikan betul - betul siapa yang mempunyai otak sebenarnya. Sekarang kita dapat nilai tahap mentaliti pemimpin - pemimpin dikalangan puak - puak PAS tu sendiri.
Kalau yang Si Lelaki, sampai hari ini masih tak habis - habis meroyan tak tentu arah menyalahkan orang itu dan ini. Sampai tahap ada yang anggap diorang ni dah hilang akal dibuatnya.
Baru hilang jawatan duniawi pun diorang dah meracau macam orang yang Gila Talak. Dah kena tolak dek perwakilan diperingkat bawahan pun diorang masih tak boleh terima kebenaran.
Itulah perangai MUSIBAT namanya. Jenis manusia yang suka mendabik dada kata diri diorang perjuangkan Islam, tapi tindakan susulan tak pulak menunjukkan yang diorang Islam pun.
Sampai tahap Gila sangat pada jawatan duniawi sehingga Qada' dan Qadar pun diorang tolak juga. Nauzubillah! Memang jenis manusia yang tak sedar diri sungguh diorang ni rupanya!
Berbeza dengan kaum perempuan didalam parti tu sendiri. Bila ditanya respon mereka mengenai kekalahan yang menimpa mereka baru - baru ni, diorang boleh terima dengan hati yang terbuka.
KUALA LUMPUR - "Cukup-cukuplah... Saya sudah pegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat selama lima tahun. Bagi orang lain pula," kata AJK Pas Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud.
Selain mengakui banyak menyumbang ketika diberi amanah memegang jawatan tersebut, Siti Mariah yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata, sudah tiba masa bagi beliau untuk menumpukan usaha dan fokusnya kepada rakyat.
"Setakat ini tak ada apa-apa lagi, saya pun tidak fikir yang saya akan ditawarkan (jawatan dalam AJK Pas Pusat) ... Kalau saya ditawarkan pun, saya rasa saya tidak akan terima," katanya lagi sambil ketawa kecil.
Nah, itu menunjukkan yang kaum perempuan ni lebih banyak guna otak dari guna perasaan jika nak dibandingkan dengan Si Lelaki dalam parti tu yang kebanyakkan suka guna Kepala Lutut.
Tapi, bukan la kita puji sangat kaum Muslimut dalam PAS tu. Tinggal lagi, ianya boleh memberikan kita peluang untuk menilai dan bermuhasabah diri sendiri. Jangan asyik nak ikut perasaan je kerjanya. Kalau dah KALAH tu KALAH je la!!!
SUMBER: http://ift.tt/1TcStcE
0 comments:
Post a Comment