"Pemilihan PAS kali ini mengguris hati dan perasaan banyak pihak". Demikian keluhan 'Sedih' yang diluahkan oleh Bekas Ketua Pemuda PAS Pusat tu dalam satu kenyataan hari ini.
Nampak sangat dari kenyataan yang dibuat tu menunjukkan yang Si Suhaizan Kaiyat tu masih tidak dapat menerima KEKALAHAN BESAR yang dihadapinya dalam pemilihan PAS kali ini.
Jika sebelum ini, ketika ditanya oleh wakil media, Si Suhaizan tu kata dia tidak patah semangat dan akan tetap terus bersama dengan parti. Namun tindakan dia selepas itu adalah sebaliknya.
Ketiadaan Si Suhaizan tu pada ketika Ucapan Dasar Presiden menimbulkan tanda tanya bukan sahaja dikalangan wakil media, malah dikalangan ahli - ahli PAS yang turut hadir sendiri.
Bila ditanya ke mana Si Suhaizan tu membawa diri, dia dengan selamba menyatakan bahawa dia dah sampai ke Johor dengan alasan "Ada Urusan Yang Perlu Diselesaikan".
Nampak sangat dari satu sudut, alasan yang diberikan itu hanya sekadar untuk menafikan kekecewaan yang sedang dihadapinya. Nampak sangat Si Suhaizan tu cuba nak menipu dirinya sendiri.
Maka, jika kita baca kenyataan yang diluahkan oleh Si Suhaizan tu hari ini, ianya memperlihatkan lagi rasa kecewa yang cukup mendalam dan masih terbuku pada dirinya sendiri.
Si Suhaizan tu hari ini mengingatkan agar kepimpinan PAS yang baru tidak menguruskan parti dengan hanya berlandaskan emosi semata - mata kerana ianya bakal memberikan kesan buruk.
“Mungkin hari ini kita berseronok dengan kejayaan emosi kita, namun kita bakal mematikan usaha PAS untuk mengorak langkah ke hadapan,” katanya.
Beliau turut meningatkan pimpinan baharu PAS bahawa setiap tindakan atas nama parti mesti berasas ilmu, bukan sekadar hukum sahaja.
“Tetapi juga berkait ilmu hal ehwal semasa yang lain. Jangan kita menjadi menang sorak kampung tergadai,” katanya.
Heh! Nampak sangat yang Si Suhaizan ni cuba nak jadi Ketam. Dah kalah pun dia masih nak meroyan benda yang bukan - bukan. Pun dia masih ada hati nak bagi nasihat pada orang lain ke?
Sepatutnya Si Suhaizan tu perlu belajar untuk menerima HAKIKAT bahawa dia memang TAK LAYAK untuk jadi pemimpin. Kalau tidak, sudah pasti dia dapat mengekalkan jawatan dia.
Yang tak dapat nak kawal emosi bukannya kepimpinan PAS yang baru tu. Tapi dia sendiri yang GAGAL nak kawal Emosi. Dia yang telah meng-GADAI-kan maruah parti. Elok dia gunakan kesempatan ini untuk bermuhasabah. Jangan asyik nak ikut telunjuk orang lain je!!!
SUMBER: http://ift.tt/1BSx4uE
0 comments:
Post a Comment