SINAR HARIAN
KOTA BELUD - Sejak berlakunya gempa bumi di Sabah pda 5 Jun, setiap gegaran susulan yang setakat ini melebihi 50 kali, mendatangkan kebimbangan kepada penduduk, terutama yang tinggal berhampiran Gunung Kinabalu.
Kira-kira 750 penduduk Kampung Kiau Nuluh semalam turut panik apabila kedengaran dentuman kuat seperti guruh dari arah lereng Gunung Kinabalu selama hampir sejam hingga menyebabkan kesemua penduduk meninggalkan rumah masing-masing.
Menurut penduduk kampung itu, Lucy Suin, 32, dentuman kuat beserta bunyi seperti helikopter berlegar itu berlaku pada 1 tengah hari menyebabkan beliau yang masih trauma dengan kejadian gempa bumi sebelum ini, segera ke kawasan lapang.
"Rupanya batu-batu sedang jatuh dari atas gunung dan kami dapat melihat banyak perubahan di kaki gunung yang dahulunya penuh dengan hutan kini sudah berubah.
"Pada 5 Jun tidak ada macam ini. Sekarang memang kita boleh lihat dengan jelas (botak)," katanya kepada Bernama di kampung berkenaan di sini.
Kampung Kiau Nuluh, yang terletak 10 kilometer dari Taman Kinabalu, kedudukannya lebih hampir di bahagian selatan gunung itu.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Kiau Nuluh, Sadib Miki, 47, berkata beliau yang baru balik daripada tugasan luar turut terkejut apabila penduduk kampung sudah berkumpul di rumahnya.
Sadib berkata penduduk kampung memberitahunya terdapat gegaran kecil yang dirasai serta kedengaran bunyi dentuman kuat yang menakutkan.
"Saya pun terkejut sebab apabila saya balik di sini, ramai yang datang ke rumah saya, mereka kata mereka terlalu takut dengar bunyi runtuhan dan ada sedikit gegaran," katanya.
Melihatkan kejadian semalam serta gempa bumi pada 5 Jun, yang menyebabkan lebih 40 buah rumah mangalami kerosakan terutama rekahan di bahagian lantai dan dinding di kampung itu, beliau memohon pihak berkuasa agar menjalankan siasatan sama ada kawasan kampung mereka masih selamat didiami atau sebaliknya.
Menurutnya penduduk bersikap terbuka dan akan menerima apa sahaja saranan yang diberikan para pakar kaji bumi berhubung masa depan kampung berkenaan.
Sementara itu, seorang lagi penduduk, Sinail Dunsun, 46, menceritakan bahawa sebaik kedengaran runtuhan batu-batu yang kuat, beliau terus keluar dari rumah kerana kejadian seperti ini tidak pernah dialaminya sejak lebih 40 tahun menetap di kampung itu.
"Memang sangat menakutkan terutama apabila saya melihat Gunung Kinabalu seolah-olah telah digondol, sedangkan dahulunya di bawah gunung itu banyak hutan," katanya.
Ketika wartawan Bernama berada di lokasi ini, masih lagi terasa gegaran kecil dan pihak bomba turut berada di kawasan kampung itu semalam untuk memantau situasi. - Bernama

SUMBER: http://ift.tt/1FKYN1X
0 comments:
Post a Comment