Membetulkan Salah Faham Tentang Gambar Bekas Ahli PAS Memukul Patung Lim Guan Eng.

Gila arh.
2,3 hari neh tersebar satu gambar ;



Berserta dengan macam2 caption ketika menyebarkan. Tetapi berikut antara yang popular dan ramai juga yang menyangka begini ;

1. Ahli PAS berdemo dengan PERKASA dan pukul LGE.

2. Bekas ahli PAS berdemo dengan PERKASA dan pukul LGE.

Dan laju2 juga disebarkan di laman sosial pro kaum cina seperti ;


Hmmm.

Pemerhatian aku la kan ;

1. Start disebarkan oleh orang2 pro PR sendiri khususnya yang bengang dengan kepimpinan terbaru PAS. 

2. Pada aku, kritikan tak salah tapi tujuan penyebaran boleh diragui niatnya.

3. Gambar lama, insiden lama, dibangkitkan semula seolah2nya ianya baru berlaku dah kenapa.

4. Aku pun terpedaya gak sebab yang sebar bukan calang2 orang punya beb. Semua kaw2 PR punya. Ingatkan betul la sangat. Rupa2nya haram. Cerita lama yang dibangkitkan semula dengan tujuan memberikan sesuatu gambaran terhadap barisan kepimpinan terkini PAS.

5. Aku pun takde la pro kepada kepimpinan terbaru PAS. Pada aku dorang jumud dan akan menjumudkan PAS. Tapi aku pun tak pro kepada kepimpinan lama PAS sebab pada aku dorang menunjukkan sikap seperti tali barut dan takde pendirian. Pendek kata masing2 ada kelemahan masing2 namun masing2 juga punya kelebihan yang tersendiri.

6. Alangkah bagusnya jika PAS ditadbir oleh seseorang yang progresif dan tidak jumud dalam waktu yang sama tidak meninggalkan ciri2 penting Islam seperti menekankan konsep adil dan saksama. Dan sentiasa mencari poin-poin bagi menyelamatkan masyarakat tertindas dengan menyediakan solusi tertentu. Juga tidak racist dan diskriminasi terhadap non muslims, non melayu dan juga tidak menyerap kebencian terhadap kristian dan mana-mana agama sekalipun. Tidak melatah isu anjing jauh sekali buat statement bahlol tentang isu kpop macam seseorang dalam PAS tue. Bukan macam sekarang. Yang dilabel progresif nampak macam pro kuasa. Yang dilabel ulama pun sama. Pada siapa yang nak diharap. Kalau berbalah pun macam sedang merebut kepentingan bukan kerana masyarakat yang tertindas. Punah.

7. Tapi sungguh pun mereka tidak sempurna dan betul tidak la wajar juga disebarkan sesuatu gambar dengan tujuan yang serong. Seperti penyebaran gambar di atas.

8. Yang pakai serban tue memang la bekas ahli PAS. Sumber mengatakan lelaki berkenaan ialah bekas ketua pemuda PAS Penang.

9. Manakala watak lelaki berbaju melayu pula ialah bekas ahli PKR.

10. Namanya Ghani Haroon. Keluar PKR bersama Ezam. Bekas exco AMK. 

11. Yang anjur pula geng2 PERKASA. NGO pro UMNO.

12. Bekas ahli PAS yang ada jawatan + bekas ahli PKR yang ada jawatan + geng2 PERKASA yang berdemo bantai LGE. So? Benda dah lepas jadi apa isunya beb.

Sumber.

Dulu aku ada semacam gila juga. 
Konon tak elok pukul patung apa bagai la.
Tapi betul ke tak elok?

Selepas lama2 aku pun dah berubah.
Pukul patung pun dah kenapa.
Bukan sakit pada orang betul.
Pukul Najib ke LGE ke atau sesiapa pun itu simbolik kepada perlawanan sahaja.
Yang patut dihiglightkan ialah tujuan kepada perlawanan.
Aksi itu seni.
Jika tujuan dia bangang, maka aksi itu terserlah bangangnya.
Jika tujuan dia masyarakat tertindas, maka aksi itu seni atau simbolik.
Gambar di atas pada aku aksi itu bangang jika tujuannya kalimah Allah.
Tapi jika tujuannya rumah kos rendah di Penang, yes aksi itu seni.

Apa2 pun ini gambar lama.
Menyebarkan bukan masalah atau salah.
Tapi jangan la serap kononnya ia baru berlaku dan dikaitkan pula dengan saf kepimpinan PAS yang baru. Konon nak serap persepsi UG sedang berlaku. Itu pun bahlol juga. Sama bahlol macam pendemo2 di atas. Menang kalah dalam parti tue adat. Time menang bersorak time kalah mengelupur. Mana boleh. Taknak kalah masuk la parti yang ko sorang je ahli ko sorang je layak pengundi dan korang je boleh jadi ketua. Simple.

Apatah lagi ada ura2 yang mengatakan PASma akan convert jadi parti politik.
PKR pun sedang mencuba2 membuka ruang kepada PASma.
Kalau sakit ahti sangat dengan kekalahan, undur diri cara baik je la.

Aku tak nafi permainan senarai tue tak sepatutnya berlaku tetapi akhirnya perwakilan itu sendiri yang memutuskan samada dia mahu wala' atau tidak kepada senarai yang dikeluarkan (dikempenkan untuk undi).

Tetapi bukan itu je perkara yang patut dikritik dalam muktamar PAS.
Sepatutnya muktamar PAS memberikan 1 hak undi kepada 1 ahli PAS.
Ini barulah islamik.
Semua ada hak untuk memilih dan menyatakan pendapat melalui peti undi.

Dan sepatutnya PAS menukar konsep dari dicalonkan perwakilan kepada mencalonkan diri sendiri untuk dipertandingkan atas sesuatu jawatan bagi mematahkan block kronisme dan nepotisme dalam parti PAS.

Tapi aku rasa PASma takan berubah jadi parti. 2 tahun sekali dan pemilihan akan berulangan lagi. Yang menang belum tentu selamanya menang dan yang kalah belum tentu kalah forever.

Dalam masa 2 tahun ini, focus la untuk membantu parti dengan mula membahaskan masalah2 rakyat bagi meraih kepercayaan ahli2 parti sendiri terhadap kewibawaan korang.

Bila korang focus buat kerja dan tak buat kerja2 menjadi tali barut parti tertentu kononnya atas alasan untuk elak UG (UG pemender, lebih kepada propaganda je yang aku nampak sekarang) aku rasa perwakilan pun steady je undi korang. Muhasabah diri masing2 lagi baik dari tuduh2 orang. Percayalahhhhhhhh.

SUMBER: http://ift.tt/1dXyUVQ

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog