KENYATAAN MEDIA
MT ORKIM HARMONY BEBAS DARI TAWANAN PEROMPAK
1. KUANTAN, 19 Jun 2015 - MT ORKIM HARMONY bebas dari tawanan perompak setelah 8 perompak melarikan diri ketika dalam pelayaran menuju ke Kepulauan Natuna, Indonesia.
Sebelum kejadian, kapal pengiring KD TERENGGANU telah diugut oleh ketua perompak untuk menjarakkan kedudukan kapal kepada tidak kurang dari 5 batu nautika dan sekiranya tidak, kru kapal akan dicederakan.
Ketua perompak menyatakan rancangan untuk meneruskan pelayaran ke Kepulauan Natuna.
2. Kesemua 8 perompak telah melarikan diri menggunakan rescue boat MT ORKIM HARMONY kira-kira jam 8.30 malam dan turut mengambil butiran peribadi Kapten kapal, Master Nor Fazly bin Sahat.
Ketua perompak juga mengugut untuk mengancam keselamatan keluarga beliau sekiranya mendedahkan rancangan mereka untuk meninggalkan kapal.
Kapten kapal MT ORKIM HARMONY hanya memaklumkan kepada KD TERENGGANU pada jam 12.55 tengah malam iaitu hampir 5 jam setelah kesemua perompak melarikan diri demi keselamatan keluarganya.
3. MT ORKIM HARMONY kini, diiringi oleh KD HANDALAN dalam pelayaran menuju ke Pelabuhan Kuantan dan dijangka memasuki pelabuhan pada jam 2.00 pagi esok.
Kesemua 22 kru kapal iaitu 16 warga Malaysia, 5 warga Indonesia dan seorang warga Myanmar dalam keadaan selamat kecuali seorang kru mengalami kecederaan terkena tembakan di peha ketika rompakan berlaku pada 11 Jun yang lalu.
Kru kapal warganegara Indonesia yang cedera ditembak telah diterbangkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian menaiki pesawat EC725 dan telah selamat tiba pada jam 10.15 pagi tadi.
Kapten Kapal, Master Nor Fazly, ketika dihubungi, berada dalam ketakutan dan turut memaklumkan bahawa kesemua 22 kru kapal berada dalam keadaan sihat dan selamat kecuali seorang daripadanya cedera.
Muatan kapal, Unlead Gasolin (ULG 95), iaitu minyak petrol RON 95 hampir 6000 tan matrik yang bernilai RM21 juta selamat di dalam kapal tangki tersebut ketika ditemui.
4. Aset laut dan udara telah diaturgerakkan bagi mencari perompak yang melarikan diri. Pesawat P3C Orion dari Tentera Udara Diraja Australia, 3 helikopter TLDM (Super Lynx dan Fennec), C130-Hercules dan B200T-Beechcraft dari TUDM bersama-sama KD PAHANG, KD TERENGGANU dan KD JEBAT sedang melaksanakan pencarian bot tersebut.
TLDM telah meminta kerjasama Tentera Laut Vietnam, Thailand dan Indonesia dalam misi mencari perompak-perompak.
Tentera Laut Indonesia telah bersetuju untuk membantu mencari perompak –perompak tersebut di perairan Kepulauan Natuna. Persetujuan ini telah disuara dan dinyatakan oleh Kepala Staf Angkatan Laut Indonesia, Laksamana Ade Supandi kepada Panglima Tentera Laut melalui perbualan telefon dan teks pesanan ringkas awal pagi ini.
Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Hj Jaafar
Panglima Tentera Laut
19 Jun 2015
Syabas TLDM!
Niat nak ucap tahniah pada APMM tapi mereka terlibat dalam operasi menyelamat.
Dah tak terlibat cuba jangan sibuk nak glamour!!!
Macam mana lanun boleh rampas? Colek di Mabul Sabah pun APMM yg bocor. Diesel berbillion bocor pun depan mata APMM tapi buat tak tahu!!!!
SUMBER: http://ift.tt/1L5ZAAb
0 comments:
Post a Comment