Pemergian Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak ke Mekah untuk urusan rasmi kerja di samping menunaikan ibadah umrah diambil kesempatan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk dijadikan isu politik.Ia memandangkan isu 1MDB sedang hangat diperkatakan, juga, selepas tragedi gempa berlaku di Sabah, Najib tidak berada di Malaysia.Sekiranya mahu diceritakan mengenai isu dan kes dialog #nothing2hide yang dibatalkan di saat akhir di PWTC,agak letih untuk mengulang perkara yang sama dan boleh dilihat sama ‘benak’ seperti pihak-pihak tertentu yang tidak boleh menerima hakikat pembatalan untuk Najib membincangkan isu 1MDB dalam majlis tersebut.Mengenai isu Najib menunaikan umrah di Mekah,pihak-pihak tertentu mengkritik beliau sebagai mahu berlagak alim pergi beribadah di sana.
Persoalannya,siapakah diri mereka mahu menilai ibadah yang dilakukan oleh manusia lain yang beragama Islam? Ayat-ayat seperti ‘berlagak’, ‘nak menunjukan diri Alim’, ‘konon suci’ pastinya diutarakan selepas berita Najib di Mekah dan langsung menunaikan umrah dikeluarkan. Ini secara langsung menunjukkan diri mereka itu sebagai cemburu. Harus diingat, Najib ke sana juga atas urusan kerja iaitu merasmikan pembukaan restoran oleh FELDA di Jeddah.Makanya,beliau mengambil kesempatan untuk menunaikan ibadah umrah.Ada juga cerita timbul kononnya,Najib tidak prihatin dengan nasib rakyat Sabah selepas tragedi gempa bumi berlaku di Gunung Kinabalu hingga mengorbankan nyawa.Selepas beberapa hari barulah beliau tiba di Sabah untuk meninjau keadaan di sana. Harus juga diingatkan,kawasan gempa pastinya ditutup untuk semua pihak termasuklah diri Najib dan dipantau sekiranya kemungkinan gempa lain bakal menyusul.Bukankah ia akan mengancam keselamatan semua pihak sekiranya sejam atau 24 jam selepas gempa berlaku,pasukan penyelamat mahu pun Najib meninjau lokasi tragedi?
Pemikiran yang logik harus diguna pakai di sini. Mengkritik dan mengutuk Najib menunaikan umrah selepas tragedi itu berlaku sepertinya pihak-pihak atau individu tersebut berlagak seperti ‘Rasul’ atau ‘messenger’. Ketika menunaikan umrah, mungkin Najib tidak putus-putus berdoa kepada Allah S.W.T agar dipermudahkan urusan menyelamatkan mangsa gempa.Siapa tahu? Bersangka baik itu adalah lebih mulia.Penceramah Islam,Nouman Ali Khan pernah menyatakan dalam ceramahnya mengenai gempa bumi yang berlaku di Nepal.Gempa yang berlaku hingga mengorbankan beribu nyawa rakyatnya tidak boleh dituduh sebagai balasan yang Tuhan mahu berikan atas dosa yang telah mereka lakukan.Ini kerana,di zaman moden ini,kita tidak mempunyai Rasul yang masih lagi hidup sebagai individu yang memberikan bimbingan kepada kehidupan manusia.Hanya Al-Quran dan Sunnah dijadikan bimbingan dan peninggalan Nabi Muhammad S.A.W buat umatnya untuk menjadi umat Islam yang taat kepada Allah S.W.T Justeru, adalah tidak berhak untuk manusia lain mengkritik dan membuat cerita tidak benar apatah lagi menuduh manusia lain sebagai jahat hinggakan menerima balasan dari dosa yang dilakukan. Begitu juga dalam ibadah seharian yang dilakukan oleh umat Islam. Manusia lain tidak boleh dengan mudahnya mengkritik dan mempersoalkan atau memandang rendah ibadah yang dilaksanakan.
Nouman Ali Khan juga berkata,setiap urusan ibadah sama ada keikhlasan,ketekunan,ketaatan dan sebagainya adalah penilaian Tuhan di akhirat kelak. Ia tidak dinilai oleh manusia ketiak di dunia.Sekiranya mengkritik,maknanya sudah jatuh hukum riak disebabkan suka mencari kesalahan ibadah manusia lain. Ia sama dalam isu Najib menunaikan ibadah umrah. Adalah tidak wajar buat manusia lain bertindak seperti Rasul yang mudah mengkritik seseorang itu berlagak alim atau suci menunjukkan ibadah mereka.Apa yang Najib lakukan dan niat dalam hatinya,itu adalah urusan antara Najib dan Tuhan.Sepatutnya kita melahirkan rasa syukur kerana Najib telah melakukan perkara yang baik dan utusan doa kepada Tuhan untuk rakyat Malaysia di saat pelbagai musibah melanda negara ini.Semoga,pihak-pihak yang menuduh dan melemparkan kata-kata tidak enak mengenai ibadah umrah Najib ini diberikan hidayah untuk muhasabah diri sendiri terlebih dahulu.Amin.
oleh Nur Azlina Shaari
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
SUMBER: http://ift.tt/1L1QfHB
0 comments:
Post a Comment