Wanita UMNO lancar Tabung Bencana Gempa Bumi Sabah


KENYATAAN AKHBAR DATO’ SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL KETUA WANITA BARISAN NASIONAL
MALAYSIA MISI SAYANG: TABUNG BENCANA GEMPA BUMI SABAH

KUALA LUMPUR, 7 JUN 2015 - Saya mewakili Wanita Barisan Nasional Malaysia melahirkan rasa sedih dan simpati di atas tragedi bencana gempa bumi yang melanda negeri Sabah dan berdoa agar usaha mencari dan menyelamat berjalan lancar dan dipermudahkan.

 Atas dasar keprihatinan kami telah melancarkan Misi Sayang: Tabung Bencana Gempa Bumi Sabah khusus untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang terjejas dengan tragedi ini.

 Wanita Barisan Nasional Malaysia telah memulakan sumbangan sebanyak RM20,000 dan kutipan derma ini akan diteruskan oleh Wanita Barisan Nasional Negeri-Negeri di seluruh Malaysia.
Semua pihak dialu-alukan untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana gempa bumi di Sabah melalui tabung yang telah dilancarkan ini.

Pihak sekretariat Misi Sayang boleh dihubungi di talian: 03-40456966 atau melalui emel: media.wanitabn@gmail.com

 SHAHRIZAT ABDUL JALIL




SUMBER: http://ift.tt/1Jw1MRW

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog