Batal jemputan untuk elak Najib jatuh air muka, kata Umno Semporna

OLEH MD IZWAN

Pembatalan perasmian mesyuarat Umno Bahagian Sempurna oleh Datuk Seri Najib Razak dilakukan bagi mengelak insiden tidak diingini yang boleh menjatuhkan air muka presiden parti itu sekiranya ahli bertindak luar kawalan pada majlis berkenaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Ogos, 2015.Pembatalan perasmian mesyuarat Umno Bahagian Sempurna oleh Datuk Seri Najib Razak dilakukan bagi mengelak insiden tidak diingini yang boleh menjatuhkan air muka presiden parti itu sekiranya ahli bertindak luar kawalan pada majlis berkenaan. – Gambar fail The Malaysian Insider. 


Keputusan membatalkan jemputan kepada Datuk Seri Najib Razak daripada merasmikan mesyuarat Bahagian Umno Semporna adalah bagi mengelak daripada berlaku insiden yang boleh menjatuhkan air muka presiden parti itu, kata Ketua Penerangan Razak Sakaran (gambar, kiri).

Razak bimbang sekiranya penyokong Umno di situ hilang kawalan dan bertindak luar kawalan jika mereka meneruskan jemputan tersebut.

"Kita menghormati presiden parti, kita menghormati kehendak majoriti ahli parti di bahagian ini.


"Ia bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku dan kita bimbang perasaan ahli tidak terkawal ketika presiden berucap sehingga beliau menerima tohmahan dan ‘diboo’  ahli parti di mana ia juga boleh menjatuhkan air muka pemimpin," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 Razak sebelum itu mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli Umno Cawangan di Bahagian Semporna bagi membincangkan mengenai isu tersebut.

Di samping itu, Razak menjelaskan kehadiran Najib tidak sesuai dengan senario semasa dan bagi mengelak berlaku perpecahan dalam parti itu sendiri.

"Selain itu, kami berpandangan kehadiran beliau (Najib) tidak sesuai selaras senario semasa," katanya.

The Malaysian Insider baharu ini mendedahkan keputusan Umno Bahagian Semporna membatalkan jemputan kepada Najib selepas menyingkirkan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang turut digugurkan daripada Kabinet selain Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tindakan itu mengundang pelbagai kritikan dan rasa tidak puas hati daripada penyokong Umno di Semporna kerana Shafie juga merupakan ketua bahagian mereka.

Razak juga membidas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mendakwa Umno Bahagian Semporna bergolak, sebaliknya menegaskan mereka masih setia menyokong parti dan Shafie sebagai naib presiden dan ketua bahagian.

Dalam perkembangan sama, Razak juga berkata ahli Umno dan rakyat di Semporna terkilan dengan kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mengatakan pembatalan jemputan kepada Najib itu adalah atas faktor keselamatan kerana daerah tersebut dihuni lanun.

"Sebagai pemimpin tertinggi parti kedua-dua pemimpin ini (Rahman dan Khairy) seharusnya tidak memberikan gambaran buruk sehingga mewujudkan persepsi Umno bahagian ini (Semporna) bergolak dan tidak selamat kerana dihuni oleh lanun," katanya.



SUMBER: http://ift.tt/1KVUs0i

1 comments:

Anonymous at: 10 November 2016 at 14:07 said...

Sebagai PM .Najib tak pernah gentar menghadapi rintangan, sebab PM masih dijalan yang betul...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog