MESYUARAT UMNO BAHAGIAN BENTONG JADI PERHATIAN!!!

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal masih lagi kekal menjadi Perasmi Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bentong yang dijadualkan pada Sabtu, 22 Ogos iaitu pada hari ini.

Ketua UMNO Bahagian Bentong, Datuk Seri Adnan Yaakob mengesahkan jemputan kepada Mohd Shafie untuk merasmikan persidangan di Dewan Majlis Perbandaran Bentong itu masih berjalan dan tidak dibatal.
"Beliau masih lagi Naib Pesiden. Tidak elok... budaya Melayu UMNO ada budi bahasa. Tidak ada salahnya menjemput. Beliau tahu apa yang beliau patut cakap," katanya semasa dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Adnan yang juga Menteri Besar Pahang menambah, sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atau Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekalipun pasti tidak mempunyai halangan terhadap mana-mana bahagian daripada menjemput Mohd Shafie.

Sebagai rekod, Datuk Seri Mohd Shafie merupakan diantara pemimpin UMNO yang telah digugurkan dari jawatan Menteri selepas rombakan Kabinet Kerajaan Persekutuan yang diadakan sebelum ini.

Ekoran daripada itu, Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bentong hari ini sudah pasti akan menjadi perhatian terutamanya dari kalangan rakyat serta pihak media selain perwakilan di bahagian itu sendiri.


SUMBER: http://ift.tt/1EaN9SZ

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog