Operasi Sabahkini dipindah ke Kota Kinabalu?

Persetujuan Jumlah Bayaran RM22,500 Sebulan Belum Dicapai


SANDAKAN, 20 Mei: Pejabat operasi Sabahkini akan dipindahkan ke Ibupejabat Parti SAPP, Bornion Center Luyang jika rundingan antara pihak Sabahkini dan SAPP yang kini sedang berada di peringkat akhir berjalan dengan lancar.

Langkah ini bertujuan untuk memudahkan aktivis-aktivis parti menyiarkan terus berita-berita untuk dibaca oleh 500 pengunjung harian Sabahkini yang sebahagian besarnya terdiri dari ahli-ahli SAPP. Sumber dari Ibupejabat berkata, setelah urusan pemindahan ini berjaya kelak laman-laman web rasmi parti sapp.org.my, sapphq.blogspot.com dan wikisabah.blogspot.com akan diserapkan ke dalam Sabahkini untuk memudahkan pengurusan.

SAPP memerlukan 500 pembaca harian Sabahkini

Laman-laman web berkenaan tidak mendapat sambutan yang diharapkan dan analisa kunjungan harian menunjukkan ia  dibaca oleh ahli-ahli Jawatankuasa IT parti sahaja terutama di Ibupejabat. Difahamkan peringkat terakhir ini akan berdepan dengan masalah sukar kerana  melibatkan jumlah pembayaran sewaan jangkapanjang portal milik Mutalib M.D. itu yang anggarkan berjumlah USD7,500 sebulan. Usaha Sapdal Krew Sandakan mendapatkan pengesahan dari pihak Sabahkini melalui telefon masih gagal kerana pangilan tidak diangkat. SMS yang dihantar juga tidak mendapat balasan - Sapdal Krew.

5 comments:

Anonymous at: 21 May 2011 at 09:29 said...

sapdalkrew betul betul pandai bohong......sya pun tak akan kembali ke blog ini lai, bye bye.

pungit at: 21 May 2011 at 10:18 said...

wahhh manyak untung la lu mutalib, bagus sia pun buat protal juga lar

Wong at: 21 May 2011 at 10:35 said...

Sapp should stay away from this man, do not make friend with the devil

wong at: 21 May 2011 at 16:40 said...

SAPP 應該堅持自己的網站作為新聞媒體渠道。為什麼花錢租用這個垃圾?

Alfonsus Chang,Luyang at: 23 May 2011 at 06:58 said...

This allegation totaly not true lah...sabahkini mana ada ofis tetap maaa...! Pls don't bluffed the rakyat maaa...!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog