LUYANG, 21 Mei: Perjanjian penajaan Sabahkini-SAPP yang bernilai USD7,500 sebulan iaitu kira-kira RM22,500 apabila selamat dimaterai kelak akan melakar sejarah harga paling mahal bagi menaja sesebuah portal sesawang tempatan. Sekaligus ini menenggelamkan belanja mengurus portal-portal berita gergasi Malaysia termasuk thestar.com.my dan malaysiakini.com.
"Sabahkini pernah ditaja oleh Jeffrey Kitingan"
Perbelanjaan mengurus portal Sabahkini adalah dianggarkan berjumlah USD23.65 sebulan sahaja mengikut analisa koresponden IT Sapdal yang berpengkalan di Kuala Lumpur sebelum ini. Dengan pembayaran bulanan sebanyak itu, Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee dikatakan akan terlebih bayar sebanyak RM269,148.72 setahun kepada pemiliknya iaitu Abdul Mutalib Muhammad Daud atau lebih dikenali dengan nama Mutalib M.D.
Sabahkini iaitu portal sesawang dengan 500 pengunjung harian sebelum ini heboh disebut-sebut sebagai pernah ditaja oleh beberapa pihak termasuk YB Salleh Kalbi, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dan Datu Akjan 'Sultan Sulu'-Sapdal Krew
5 comments:
Uinaa banyak duit kau ini. Boleh bikin bayar hutang suntikan botox RM5,000 tu Mutalib. Jgn ndak kau bayar hutang nanti kana tuntut kau diakhirat.
Krja bodoh sewa portal sesawang, apalah ini parti nyamup slapp. Apa bkin aaa mau sewa2, sawang Mutalib md pn makin bnyk nampak suda sikarang...
SAPP 更好地把那RM269k窮人錢的人!
very lousy & wasting money just like that.
Dakwaan ini masih samar samar kebenarannya kerana saya tahu benar bagaimana Datuk Dr Jeffrey dan DSP YTL mengurus kewangan mereka bukannya senang. Lagi pun SAPP mempunyai blognya sendiri malah ada SAPPTV,Radio dan wartawan yang berkaliber mengendalikan sesawang SAPP. Manakala Datuk Dr J pula mempunyai 4 wartawan yg mengendalikan blognya sendiri yg lebih canggih dari Sabahkini.
Post a Comment