Datuk Seri Najib difitnah dan beliau berhak mempertahanakan haknya. |
Oleh haji abu bakar ninggal
Sabtu, Julai 11,2015@3.31pm.
Jika dia difitnah? Ertinya dia telah dianiaya atau ditindas.Dia mempunyai pilihan yang bebas sama ada untuk melawan atau melawan dengan cara yang adil atau memberi maaf.
Begitu juga,apabila dia membalas kezaliman yang telah dilakukan terhadapnya?
Dia tidak melanggar hukum Allah atau bertindak secara zalim,sebaliknya dia mempertahankan haknya,suatu sikap yang merupakan tugas suci dan menolong menegakkan keadilan dan kebenaran di muka bumi ini.
Dakwaan WSJ kononnya sebanyak RM2.67 billion telah disalurkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib telah dinafikan oleh Datuk Seri Najib berulang kali dan sekaligus beliau telah mengatakan bahawa dakwan akhbar WSJ itu merupakan tuduhan yang tidak berasas dan keterlaluan terhadap beliau dan keluarganya.
Seterusnya beliau berkata,tidak pernah mengambil dana untuk keuntungan peribadi daripada 1MDB atau mana-aman entiti lain.
Kenyataan WSJ itu adalah palsu belaka yang merupakan sebahagian daripada kempen bersepdu sabotaj politik untuk menjatuhkan seorang perdana menteri yang dipilih secara demokrasi.
Katanya, serangan ini bermula apabila beliau enggan melaksanakan tutntuan peribadi Tun Dr.Mahathir Mohamad.
Saya tidak percaya rakyat Malaysia mahu seorang perdana menteri memerintah secara proxcy.
Ekoran dari itu. Bekas perdana menteri itu kemudiannya "mewujudkan krisis"dengan membuat tuduhan melulu mengatakan RM42 billion hilang lesap dari 1MDB,sedangkan pada hakikatnya,ini adalah hutang diaudit yang disokong RM51 billion aset yang diaudit.
TERNYATA BELIAU DIFITNAH.
Datuk Dr.Haron Din,tokoh Pas pusat orang pertama yang mengatakan tuduhan yang dilaporakan WSJ itu tiddak logik. Segera di siasat |
Berdasarkan dengan apa yang telah dinyatakan oleh Datuk Seri Najib di atas itu? Ternyata beliau semacam telah difitnah dan di zalimi oleh Wall Street Journal (WSJ).
Berhubung dengan satu artikel kononnya sebanyak US700 juta (RM2.6 7billion) telah di salurkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib.
Walau bagaimana pun dakwaan yang disiarkan oleh WSJ di akhbar barat itu tidak disertakan dengan bukti-bukti yang sahih. Justeru tuduhan itu adalah dianggap palsu.
Menurut Datuk Dr.Haron Din,Mursyidul Am Pas dakwan yang dibuat oleh WSJ itu adalah merupakan satu tuduhan liar dan jahat dan tidak logik.
Justeru itu beliau lalu menyarankan kepada Perdana Menteri segera membuat siasatan yang menyeluruh atas tuduhan WSJ itu.
Datuk Seri Hadi Awang pun tak setuju Datuk Seri Najib berundur atau bercuti |
Di samping itu Datuk Dr.Haron Din menggesa agar satu tindakan undang-undang mesti di ambil ke atas akhbar WSJ itu dan segala resikonya mesti dipertanggung jawabkan oleh WSJ yang miang keladi,sewenang-wenangnya menimpakan tuduhan palsu terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak,Perdana Menteri Malaysia.
BEKAS PEGUAM NEGARA KATA NAJIB TAK PERLU BERUNDUR SEMASA SIASATAN
Ahli-ahli politik di Malaysia ini memang unik. Jika terjadi sedikit krisis di Malaysia yang berpunca dari parti Umno terutama tokoh-tokoh politik dari parti pembangkang segera akan menjadi panik dan heboh belaka.
Mereka semua dah tahu dah bahawa Datuk Seri Najib itu baru setakat dituduh melakukan sesuatu yang belum ada ujung pangkalnya, Lantas masing-masing mendesak Datuk Seri Najib bercuti dan berundur dari terus memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Datuk Dr.Mahfoz,Ketua Dewan Ulama pun ikut pendirian Presidennya. |
Dari DAP setiausaha agungnya Guan Eng mendesak Datuk Seri Najib bercuti dengan alasan agar siasatan kes itu tidak tergugat kononnya.
Begitu juga dengan beberapa tokoh besar dari Pas sibuk juga menyuarakan nada yang sama seperti yang telah disuarakan oleh Guan Eng.
Mereka dilihat sedikit pun tidak mempunyai rasa simpati ke atss seseorang yang telah diaibkan oleh golngan dajal dari barat durjana itu. Dalam masa yang sama tidakkah Guan Eng itu sedar?
Bahawa jawatannya yang sedang disandang itu pun masih belum disahkan oleh ROS?
Kenapa dia buat dek aje kononya dia macam tak sedar jawatannya itu masih belum disahkan oleh ROS?
Di tengah-tengah keriuhan begitu ramai tokoh-tokoh politik terutamanya dari golongan parti-parti pembangkang yang dilihat mendesaka Datuk Seri Najib bercuti dan ada pula yang mahu dia berundur meletakkan jawatan?
Keriuhan itu telah dibisukan oleh peguam negara Tan Sri Abu Talib Osman dengan menegaskan tiada keperluan undang-undang yang memaksa perdana menteri berbuat demikian.
Bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Osman |
"Tambahnya lagi,tidak terdapat bukti perdana menteri campur tangan dalam penyiasatn pasukan petugas khas,"katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata pasukan petugas itu yang terdiri daripada Pejabat Peguam Negara,Suruhanjaya Pencegah Rasuah MalaysIA (SPRM),Polis di Raja dan Bank Negara Malaysia, perlu menyelesaikan tugas secepat mungkin kerana ia melibatkan perdana menteri.
"Pasukan petugas khas mempunyai kuasa penyiasatan yang luas dan perlu menyelesaikan kes seberapa segera yang mungkin.
Ia harus bertindak secara profesional dan mengeluarkan keputusan serta menafikan dakwaan terhadap perdna menteri jika beliau tidak terlibat.,"katanya.
Abu Talib Osman yang juga peguam negara paling lama berkhidmat di antara 1980 dan 1993,berkata tidak ada bukti Najib campur tangan dalam siasatan yang berlangsung termasuk "menggnggu' saksi.
"Tidak ada keperluan bagi Najib berundur atau bercuti hanya kerana beliau disiasat,"katanya.
Abu Talib berkata,prinsip seseorang bersalah sehingga dibuktikan bersalah juga perlu digunakan kepada Najib.
Beliau berkata,senario berbeza jika siasatan mendapati terdapat lebih daripada bukti yang mencukupi mengaitkan Najib dengan kesalahan jenayah.
"Bagaimanapun,itu terpulang kepada peguam negara untuk membuat keputusan sama ada untuk mendakwa,"katanya.
Anwar Musa pun tak setuju Najib cuti atau undur |
NAJIB MEMULAKA PROSES TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP WSJ BERSIHKAN NAMANYA.
Pada tanggal 8 hb.Julai 2015,Datuk Seri Najib Tun Raazak telah memulakan proses tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya dalam skandal melibatkan berbillion ringgit ekoran pendedahan akhbar The Wall Street Journal (WSJ) pada minggu lepas.
Peguam perdana menteri bagaimana pun berkata,sebelum memutuskan tindakan mereka seterusnya ke atas akhbar antarabangsa itu,mereka perlu mendapatkan semua fakta berkenaan laporan itu.
Ia termasuk mengenal pasti pihak yang disebut di dalam laporan itu,bidang kuasa perundnagan dan penglibatan dalang konsprasi,kata peguam Wan Amir Wan Majid bagi pihak firma Hafarizam WAN dan Aisha Mubarak, seperti dipetik The Star.
"Ini bukan kes undang-undang yang jelas dan mudah kerana ia membabitkan dakwaan pihak tempatan dan antarabanga.Kami diarah mengenal pasti fakta dan membentangkan semuanya, sebelum anak gum kami memberikan arahan seterusnya," kata Wan Amir.
"Matlamat mendapatkan penjelasan terperinchi adalah bagi mengelak sebarang bantahan daripada WSJ berkenaan tuduhan yang dibuat.
"Selepas anak guam kami mendapatkan semua fakta yang diperlukan dan kedudukan WSJ dipastikan,kami mendapat arahan jelas mengambil sebarang jalan dan penyelesaian undang-undang serta merta,"
"Tiada keperluan undang-undnag bagi Najib bercuti atau undur |
Wan Amir berkata langkah pertama dalam mengumpulkan fakta ialah dengan mengenalpasti mereka yang terlibat dalam penulisan ,penyebaran dan penerbitan artikel itu,supaya mereka dapat dinamakan dalam sebarang tindakan susulan.
Isu kedua berkait dengan bidang kuasa memandangkan akhbar itu berasal dari Amerika Syarikat dan boleh diakses di seluruh dunia,katanya.
Menurut Wan Amir,firmanya akan mendapatkan pengesahan lanjut mengenai kewujudan WSJ di Malaysia.
CADANAGN TUN MUSA HITAM TAK WAJAR.
Saya begitu yakin sebelum Musa Hitam membuat komen tentang kedudukkan Datuk Seri Najib dalam isu 1MDB yang telah disiarkandi oleh The Malaysia Insider pada 10/07/2015 berhubung dengan huraian bekas peguam negara dari egi undang-undang dan rakyat Malaysia dah pun tahu tentang kedudukan Najib dari segi undang-undang.
Beliau pasti telah membaca huraian oleh bekas peguam negara,Tan Sri Abu Talib Osman melalui The Malaysia Insider tanggal 08/07/2015.dan kedudukan Najib dilihat sudah begitu jelas,
Pun begitu? Tun Musa masih juga nak buat komen.Semua orang bebas buat komen politik.Tapi janganlah beri racun pada orang yang sedang diserang demam.
Menurut Tan Sri Abu Talib Osman bekasa peguam negara itu,"Tiada keperluan undang-undang untuk perdana menteri mengosongkan jawatan semasa siasatan dijalankan,"
"Tambahan lagi, tiada terdapat bukti-bukti perdana menteri campur tangan dalam penyuiasatan petugas khas,"katanya.Ertinya dari segi peruntukan undang-unang Najib berhak menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri.
Tun Musa harus faham bahawa jawatan yang sedang dipegang oleh Datuk seri Najib itu? Ialah jawatan yang paling tinggi di negara ini iaitu sebagai Ketua Eksekutif Malaysia. Beliau bukan setakat memegang ajawatan Tim.Perdana Menteri atau pun sebagai menteri-menterin bawahannya?.
Kalau sebagai menteri-menteri biasa sahaja? Tak ada masalah besar.Ini jawatan Perdana Menteri yang sangat besar lingkungan kuasa dan tanggung jawab yang ada di tangannya.
Jika beliau bercuti sudah pasti akan menimbulkan banyak masalah akan timbul di dalam negara ini.Pemangkunya pasti tidak dapat mengatasinya dengan sempurna.
Dari segi undang-undang pun? Prinsip seorang yang bersalah sehingga dibukti bersalah perlu digunakan kepada Najib.
Lagipun tiada bukti-bukti setakat ini bahawa Datuk Seri Najib sebagai Perdanas Menteri campur tangan dalam penyiasatan petugas khas itu.
Pada hemat saya adalah lebih baik Tun Musa tidak terlibat didalam membat komen dalam isu Najib harus becuti atau berundur? Tapi kini nasi dah jadi bubur? Isi hati Tun Musa dah pun diketahui oleh Najib.
Temu bual dengan the Malysia Insider telah dibuat dan telah pun disiarkan isi kendungan temu bual itu.Cadangan 3 pilihan yang disarakan olehg Tun Musa itu saya kira bukan sebagai penawar duka lara tetapi sebaliknya.
Dah tentu tidak begitu menarik bagi Najib dan tak memberi sebarang manfaat pun bagi Najib.
Kita semua maklum bahawa tuduhan yang dilimparkan oleh WSJ itu walaupun belum sahih lagi? Selaku manusia biasa? Kesannya sangat mendalam kepada individu dan keluarga yang kena fitnah itu?
Jadi, tak usahlah kita nak tambah lagi derita yang sedang mereka tanggung itu.
Bercuti atau berundur itu? Adalah desakkan yang telah begitu lama dilaung-laungkan oleh Mahathir dan kunco-konconya 4 bulan yang lalu hingga kini dan hingga laporan berita palsu oleh WSJ tersebar luas ke seluruh dunia?.
Dalam konteks itu? Datuk Seri Najib berulang-ulang kali telah pun bermadah "pantang berundur sebelum berjuang" dengan musuh-musuh yang pernah bapanya bawa masuk semula ke dalam Umno dan berjaya punya kuasa politik 22 tahun lamanya di Malaysia. Anak-anaknya dari orang biasa aje kini dah kaya raya dah jadi billion air.
Ujung-ujungnya depa dilihat sanggup meletakkan Najib dan keluarganya di dalam keadaan yang sangat mengaibkabn. Manusia jenis apa depa ini? Di mana hati perutnya itu diletakkan? Langsung tak mengenang budi dan jasa orang lain? Beruk pelihara pun boleh dikatakan lebih baik pada tuannya. Tahu membalas jasa tuannya.
Tan Sri Muhyiddin Yassin,Timbalam Perdana Menteri,melalui portal media sosial pro-pembankang,dilihat sering meminta Muhyiddin desak Najib bercuti atau undur..kenapa gitu? |
Pada masa yang sama tampil ke depan meminta musuh-musuh politik Najib agar bersabar hingga pasukan petugas khas yang dibentuk oleh kerajaan itu selesai melakukan tugas-tugas penyiasatan mereka.
Lebih cepat selesai adalah lebih baik lagi Jika Datuk Seri Najib didapati tidak terlibat didalam segala tindakan salah guna kuasa seperti yang beliau katakan berulang kali itu?
Syukur Alhamdulillah! Golongan yang berkomplot memfitah Datuk Seri Najib itu? Akan tahu nasibnya.Langit ini rendah atau tinggi? Akan beratur ramai-ramai memohon maaf pada Datuk Seri Najib.
Mereka ini akan segera kita nyahkan dari arena politik Umno.Mereka sebagai kitol langsung tidak memberi manfaat pada perjuangan Umno.Merka hanya pandai membuat fitnah dan menghasut rakyat tanpa sebab-sebab yang releven.
Mari sama-sama kita kumpulan semua lapisan rakyat bersatu padu untuk kita kuatkan semula parti Umno/BN demi untuk memenangi pilihanraya umum ke-14 dengan mendapat majoriti lebih dari dua per tiga di dalam parlimen Malaysia.Selangor kita rampas semula.Di Pulau Pinang kita tumbagkan DAP.
JIKA difikirkan releven? Ayuh...!Umno harus tautkan semula hubungan mesra kita bersama PAS mengwujudkan kerajaan perpaduan. Pas kini dah pun memutuskan pakatan poolitik mereka dengan DAP.Inilah masa yang paling sesuai Umno/PAS harus berdailog untuk mengujudkan kerajaan perpaduan.
Datuk Seri Najib kini dilihat sedang melawan musuhnya dari dalam dan luara negara.Sekaligus sedang berjuang menegakan kebenaran,melawan kezaliman yang telah dilakukan terhadapnya.
Dia tidak melanggar hukum Allah atau hukum negara atau tidak ada dilihat bertindak secara zalim,sebaliknya dia mempertahankan haknya,Tindaknya itu dilihat suatu sikap yang merupakan tugas suci dan menolong menegakkan keadilan dan kebenaran di muka bumi ini. (Posted by abnmulya /Haji Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1531 hrs on July 11,2015.
SUMBER: http://ift.tt/1Sgc74m
0 comments:
Post a Comment