Pas: Selain GHB, fikirkan tahaluf dengan BN

SINAR HARIAN

Rosli Allani Abdul Kadir
Dr Rosli Allani Abdul Kadir
 
 
KOTA BHARU - Pas Kota Bharu mencadangkan muktamar khas diadakan bagi membincangkan konflik dalaman yang berlaku ke atas parti itu termasuk mengenal pasti hala tuju mereka dalam PR.

Pemangku Ketuanya, Dr Rosli Allani Abdul Kadir berkata, permasalahan dalaman Pas yang berlaku kini  dibuka seluas-luas oleh semua pihak sama ada oleh bekas pimpinan mahupun mereka yang memegang jawatan tertinggi dalam Pas.

“Media seakan menjadi medan muktamar dan ruang muhasabah yang cukup luas kepada Pas sekarang ini sedangkan isu pokok yang seharusnya menjadi tumpuan selain isu kegawatan ekonomi dan persoalan integriti Perdana Menteri yang dimainkan media dalam dan luar  negara,” katanya.

Dalam masa yang sama katanya, fokus perihal penubuhan parti baru pula menjadi percakapan  dan melarikan daripada kerja yang sebenar yang perlu dilunaskan Pas di semua peringkat.

Sehubungan dengan itu Rosli berkata muktamar  yang dicadangkan boleh menjelaskan sejauh manakah akar umbi Pas  mengharapkan agar PR diperteguhkan.

“Walaupun keputusan Majlis Syura Ulama menyerahkan perlaksanaannya pada jawatankuasa Kerja Pas  Pusat, namun ahli perlu juga diberi ruang untuk menyatakan pandangan mereka, mengambil kira situasi sebenar di peringkat bawah,” katanya.

Selain itu katanya,  muktamar itu juga boleh melihat sejauh mana persediaan ahli Pas dalam menerima tahaluf baru atau sebarang bentuk persefahaman mahupun kerjasama akan datang termasuk dengan pihak Umno atau BN sekiranya PR yang ada ini dimuktamadkan tiada lagi kewujudan pada masa hadapan.




SUMBER: http://ift.tt/1KgA9dF

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog