PAKAR DARI BANK ADIK NAJIB NAFI DAKWAAN WSJ!!!

Terbongkar akhirnya dokumen bank yang disiarkan Wall Street Journal kononnya sebagai akaun peribadi milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak rupa-rupanya adalah palsu dan diubah suai.

Perkara itu diakui Ketua Kumpulan Perbankan Islam CIMB, Badlisyah Abdul Ghani hasil penelitian terhadap dokumen berkenaan yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab bagi memfitnah kepimpinan negara.

Berikut ialah tulisan beliau yang diterjemahkan daripada bahasa Inggeris untuk kita lebih memahami permainan jahat pihak anasir luar mereka-reka benda palsu bagi menjahanamkan imej Perdana Menteri tanpa kita sedari:

“Saya telah memuktamadkan analisis saya sendiri. Dalam usaha saya untuk menilai kebenaran tuduhan yang dibuat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib berdasarkan kepada dokumen yang dikongsi dalam talian (di http://ift.tt/1J4j5V8) oleh WSJ dan Sarawak Report (yang menyatakan mereka telah melihat dokumen yang sama seperti WSJ), saya diajukan tiga soalan jelas dan mudah berikut:

Pertama, di manakah bukti dokumentari substantif yang mengesahkan nombor akaun yang digambarkan dalam dokumen sebenarnya milik Perdana Menteri?

Gambar rajah asas termasuk daripada mereka menjelaskan bagaimana dana mengalir adalah tidak relevan kerana ia jelas dibuat oleh orang lain dan secara jelasnya ia bukan satu dokumen rasmi bank.

Mana-mana Tom, Dick dan Harry boleh melukis rajah ini. Ini menjadikan ia satu bukti yang tidak boleh dipercayai. Lebih-lebih lagi, surat yang kononnya dikeluarkan oleh seseorang dengan nama yang dinyatakan di bawah tandatangan tidak merujuk kepada Perdana Menteri dengan apa cara sekalipun.

Ada berkemungkinan beliau merujuk kepada orang lain sama sekali. Ini mewujudkan keraguan yang munasabah yang sangat kuat. Secara keseluruhannya, dokumen-dokumen ini kurang jelas.

Ini menyebabkan sukar untuk menyimpulkan bahawa “bukti” dokumentari yang dikongsi adalah kukuh atau cukup baik untuk digunapakai bagi tuduhan yang dilemparkan terhadap Perdana Menteri pada gambaran awal.

Saya berharap WSJ boleh memberi lebih banyak penjelasan di atas gambaran yang seolah-olah tidak tepat dan tidak lengkap ini. Bagaimana mereka boleh membuat tuduhan tersebut menggunakan kononnya dokumen perbankan yang tidak pernah menyebut nama Perdana Menteri Najib di mana-mana? - seterusnya...


SUMBER: http://ift.tt/1LWz1im

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog