PENING DAN BACUL DALAM MASA YANG SAMA!!!

Huh! Makin hari makin besar kepala Si Khalid Samad ni. Nak pulak bila dia dah mula disingkirkan oleh perwakilan PAS dalam pemilihan parti tu sebelum ini. Makin celupar mulut dia dibuatnya.

Kita ingatkan dengan kekalahan yang dia hadapi sewaktu Muktamar tempoh hari akan membuatkan dia bermuhasabah dan mencari kesilapan diri dia sendiri. Tapi ternyata dugaan kita SILAP!

Sebaliknya, Si Khalid Samad tu dilihat semakin hari semakin SOMBONG dan ANGKUH terhadap parti yang telah berjasa menaikkan nama dia dipersada Politik tempatan selama hari ini.

Tapi, apa nak heran dengan tindakan Si Khalid Samad ni ye tak. Dia memang jenis manusia yang suka tikam belakang orang yang pernah membantu dia. Sebelum ni pun dia pernah buat benda yang sama.

Siapa dapat lupa tindakan Si Khalid Samad tu lakukan terhadap Bekas Yang DiPertua PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali yang suatu ketika dulu pernah memberi laluan kepada dia untuk bertanding.

Jadi, tak heran la kalau kali ini pun Si Khalid Samad tu dengan muka tak malu dia berani membuat desakan dan mencabar PAS untuk mengambil tindakan terhadap dia dan jugak ahli kumpulan G18 tu.

Kalau semalam pun kita dah dapat agak tindakan yang akan dilakukan oleh puak - puak G18 tu yang memberikan alasan - alasan BODOH untuk tidak keluar dari PAS bila ditanya oleh wartawan.

Maka sebab itu Si Khalid Samad tu keluarkan kenyataan KONONnya dia 'Pening' dengan pelbagai kenyataan yang dibuat terhadap penubuhan Gerakan Haprak Baru yang disertainya sebelum ini.
"Tidak payah buat banyak kenyataan media. Sebab kita tidak akan bertindak atas kenyataan media. Buat mesyuarat untuk menyatakan pendirian rasmi PAS. Kemudian tulis surat kepada kami yang terlibat ini dengan memberitahu sama ada mahu kami letak jawatan atau bagaimana. Takkan perkara begini saya kena beritahu juga?" ujarnya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
Apa yang jelas, Si Khalid Samad tu sebenarnya patut malu dengan diri dia sendiri. Dimana letaknya maruah dia sebagai seorang pemimpin yang KONONnya mempunyai Integiriti dan jugak kredibiliti?

Kalau betul la Si Khalid Samad tu ada maruah dan jugak pendirian dalam perjuangan, maka dia perlu ambik tindakan yang sewajarnya dan KELUAR dari PAS dengan cara yang terhormat. Kalau tidak, dia hanya akan dianggap sebagai Pengkhianat yang MUNAFIK!!!


SUMBER: http://ift.tt/1V5Wocn

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog