Dakwaan ADA Transaksi USD700 Juta Akaun Najib - Muhyiddin Kena Buat Repot Polis !!


Berita paling hangat malam ini adalah penyebaran video 53 saat di mana Muhyiddin ketika bersembang dengan tetamu di rumahnya, telah mendakwa Najib mengakui dakwaan WSJ tentang deposit RM2.6  ( atau 2.7 billion bergantung pada kadar tukaran asing yang digunakan ) ke dalam akaun peribadinya. Saya copy dari Mkini -

Ketika dihubungi, Abdul Kadir mengesahkan bahawa perbualan itu sememangnya berlaku namun menegaskan bahawa ia tidak sepatutnya dirakam.
Beliau juga enggan memberi pandangannya mengenai isi perbualan berkenaan.

"Saya tidak mahu komen mengenainya. Ia adalah perbualan tertutup. Ia tidak sepatutnya dirakam.

"Mukhriz sudah meminta hadirin supaya tidak merakamnya,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi petang ini.

Berikut adalah transkrip penuh perbualan:

Muhyiddin: I asked him (Najib) from whom? He did not mention siapa nama dia, from somewhere in the Middle East.

Berapa banyak? Lepas tu dia ..(tidak jelas)... susah nak kiralah. Dia kata 'a lot', 'a lot'.

Then saya kata kenapa masuk akaun you? ... (tidak jelas) ... kenapa masuk akaun Najib Razak? Duit berapa? 700 million US dollar. Kalau kali tiga point something... 2.6 billion that goes into his personal account.

Ini dia sebut. He admitted. So I said why did you put into your personal account?




                                                    ****************************** 

Nak komen apa ya ? Komen banyak pun, kita masih perlu jawapan dari mulut Najib sendiri. ADA atau TIDAK ADA. 

Cuma mungkin jika kita panaskan isu ini, tekanan semakin kuat kepada Najib untuk tampil buat pengakuan itu. Tapi ..... KALAU memang wujud deposit itu, takkan Najib nak mengaku, ya tak ? 

Sebab kalau Najib mengaku, itu sudah merupakan satu pengakuan bersalah. Dan Najib boleh didakwa. Dan banyaklah pula cerita tentang kesahihan keputusan PRU13. 

TAPI kebenaran tetap ditagih !

Makanya terpaksalah kita tunggu juga hasil siasatan Task Force .... itu pun kalau benar antara tugasan Task Force adalah untuk menyiasat benda ni.


Samada anda mahu percaya kepada borak2 Muhyiddin di atas atau tidak, itu terpulang pada anda. 

Oya, saya suka sarankan kepada Muhyiddin supaya TAMPIL BUAT LAPORAN POLIS jika benar apa yang didakwanya seperti video di atas. Seperti yang sering saya ulang, Muhyiddin juga akan dianggap sebagai bersyubahat sekiranya beliau sengaja mendiamkan perkara ini.

Buat laporan di Balai Polis terdekat, dan ambil gambat berposing dengan laporan itu dan edarkan isi pengaduannya kepada umum. 

Kita cuma mahu Kebenaran !


                                                    ***************************

Ahmad Maslan menafikan apa yang didakwa itu kepada Malaymailonline - Saya tuliskan transkrip ucapan beliau -

Tidak betul. Tidak ada siphon ( songlap ) dan sebagainya.

Presiden telah memberikan taklimat kepada ahli Majlis Tertinggi tentang perkara yang berkaitan. Beliau tidak pernah menggunakan wang 1MDB dan masuk dalam akaun dia.


Boleh pun Najib buat pengakuan...... Kenapa hanya kepada Majlis Tertinggi Umno saja ? Kenapa tidak kepada rakyat ? Apakah rakyat ini tidak penting buat Najib ?

Kalau Najib ingin buat pengakuan kepada rakyat, saya harap skripnya tak perlulah sebut wang 1MDB sebab nanti akan dipertikaikan pula, bagaimana dari sumber lain ? 

Najib hanya perlu cakap - Tidak ada wang USD700 juta atau RM2.6 billion didepositkan ke dalam akaun peribadi saya sebagaimana yang didakwa WSJ.

Itu jer yang rakyat nak tahu pada ketika ini - ADA atau TIDAK ADA ? 

PS -  Teringat komen Mat Maslan sebelum Raya baru ni -

"Perdana menteri bodoh mana yang akan mengambil RM2.67 bilion daripada dana agensi kerajaan dan memasukkannya ke dalam akaun peribadi?


"Ia tidak munasabah langsung. Jika benar, ia kebebalan yang terlalu amat sangat.

SUMBER: http://ift.tt/1SgWaAh

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog