Harapan Baru sukar bertahan kerana pemimpin kecewa

SINAR HARIAN


Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff
Dr Mohammad Agus


SHAH ALAM – Nasib parti politik baharu, Gerakan Harapan Baru dijangka berakhir seperti mana-mana parti serpihan lain yang pernah wujud sebelum ini, lebih-lebih lagi apabila ia ditubuhkan oleh bekas pemimpin Pas yang kecewa pada pemilihan lalu.

Demikian kata penganalisis politik, Prof. Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff yang tidak menolak kemungkinan itu meskipun ia membawa agenda kepada perubahan politik negara.

“Sukar untuk dinyatakan...tetapi dilihat kepada semangat golongan kelas pertengahan dan anak muda yang mahukan perubahan politik serta masalah yang dihadapi oleh kepemimpinan Umno sekarang.

“Boleh kekalkah Harapan Baru? Sejarah menunjukkan sukar bagi parti serpihan kekal kuat. Berjasa, Hamim dan S46 tak mampu bertahan,” katanya dalam tulisan terbaru di akaun Facebook miliknya, hari ini.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu juga berkata, kemunculan Harapan Baru selepas berakhirnya Muktamar Pas Pusat akan melalui laluan sukar kerana tidak kena pada masa dan tempatnya.

“Masa Harapan Baru digerakkan tidak tepat. Ini kerana ia ditubuhkan selepas pemilihan Pas dan ditubuhkan oleh mereka yang tewas. Tempat juga pelancaran tidak kena. Banyak ceramah bermula di Kelantan.

“Mengapa ditumpu pada kawasan kuat Pas? Mengapa tidak dilancarkan di tempat di luar Kelantan atau di kawasan Melayu yang lain. Lebih meriah lagi kalau dilancarkan di Sabah dan Sarawak,” ujarnya.

Tambah beliau, biarpun pemimpin progresif Pas yang kecewa ini merupakan tokoh hebat, namun mereka dibayangi dengan kontroversi dengan sejarah masing-masing.

Katanya lagi, sumber kewangan yang terhad juga tidak membolehkan Harapan Baru terus bertahan dalam senario politik hari ini.

“Tanpa sumber kewangan, Harapan Baru sukar bertahan. Stamina mudah habis tanpa sumber yang mencukupi.

“Berpolitiklah secara sihat. Jangan bawa budaya caci maki, keji mengeji dan label melabel,” katanya lagi.




SUMBER: http://ift.tt/1LBAcCk

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog