Zahid tidak puashati prestasi polis benteras judi?
Posted by
Sapdal
Thursday, 30 July 2015
TPM arah polis perangi kegiatan judi 100 peratus
Rabu, 29 Julai 2015 - 11:51PM
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah mengarahkan polis supaya meningkatkan lagi usaha memerangi kegiatan perjudian di seluruh negara "memandangkan usaha itu sejak empat bulan lepas dilihat kurang berkesan".
Timbalan Perdana Menteri berkata kegiatan itu perlu diperangi 100 peratus dan beliau tidak akan berkompromi dengan pihak yang cuba melindungi kegiatan judi termasuk anggota dan pegawai polis.
"Empat bulan sudah langkah-langkah kita lakukan dengan hebat melalui Ops Cantas Khas, kita lakukan pembersihan (rumah-rumah judi) tapi saya dapat laporan tumbuh kembali.
"Bukan sekadar amaran, mana-mana pegawai dan anggota polis, individu, NGO atau kumpulan tertentu yang memberikan perlindungan kepada rumah-rumah judi tidak akan pernah terlepas daripada tindakan," tegasnya.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berucap merasmikan Majlis Jamuan Aidilfitri Warga Perumahan Polis Desa Tasik, di sini malam ini.
Ahmad Zahid turut meluangkan masa beramah mesra dengan penduduk setempat dan menyampaikan duit raya kepada kira-kira 30 anak yatim yang dijemput ke majlis berkenaan.
Turut hadir Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa
Pada majlis itu Ahmad Zahid turut mengumumkan kesediaan kerajaan untuk menyalurkan peruntukan sekurang-kurangnya RM500,000 bagi membaikpulih dan menaiktaraf kemudahan Perumahan Polis Desa Tasik.
Perumahan Polis Desa Tasik merupakan kawasan perumahan terbesar dihuni seramai hampir 6,000 orang terdiri dari pelbagai kaum termasuk dari Sabah dan Sarawak. - BERNAMA
----------------
Selanjutnya di : http://ift.tt/1DaX6iW
Ini ulangan arahan benteras judi yang pernah dibuat oleh Zahid dan juga IGP. Dengan ulangan ini, ini bermakna ia bukan sesuatu yang "mudah lupa" tapi masih diingat.
Implikasi judi haram begitu luas dari segi sosial, ekonomi, kewangan kerajaan, dan juga politik. Judi haram membiayai politik DAP dan ini yang buat mereka besar kepala!!!
SUMBER: http://ift.tt/1U8fCMQ
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment