MALAYSIAKINI
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Musa Aman yakin kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di kawasan Penampang boleh dirampas semula daripada pembangkang sekiranya kerjasama padu wujud dalam kalangan semua parti komponen Barisan Nasional (BN).
Musa yang juga Pengerusi BN Sabah berkata perkara itu tidak mustahil dapat dicapai sekiranya semua anggota parti komponen BN menyokong siapa sahaja calon BN yang diletakkan bertanding di kawasan berkenaan.
"Kita mesti sokong siapa sahaja calon BN di Penampang agar beroleh kemenangan besar," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Penampang di Kota Kinabalu malam tadi. Mesyuarat berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Sementara itu, Musa menegaskan bahawa Umno Sabah akan teguh bersama saf kepimpinan Umno dan akan terus bekerja, berusaha dan berjuang untuk memperkukuhkan lagi kekuatan dan perpaduan parti berkenaan.
Justeru Musa mengingatkan semua anggota dan pemimpin Umno di semua pringkat agar tidak leka dan lalai serta mudah selesa dengan pencapaian Umno selama ini.
Sebaliknya kata Musa semua anggota dan kepimpinan Umno perlu bekerja lebih kuat, kurangkan bercakap, kurangkan berpolitik dan berpolemik sesama sendiri bagi memastikan Sabah terus menjadi kubu kuat Umno dan BN.
"Yang penting, dalam menjayakan perjuangan parti, apatah lagi ketika berhadapan cabaran dan rintangan, ialah UMNO Sabah akan terus berdiri teguh dan memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bahagi kepada pucuk pimpinan parti.
"Inilah pendirian kami dari awal, inilah iltizam saya, inilah tekad dan komitmen semua kepimpinan Umno dan BN Sabah," kata Musa.-Bernama
SUMBER: http://ift.tt/1fAnmaS
Mat Sabu Semakin Hilang Halatuju
1 day ago
0 comments:
Post a Comment