Mufti: Pemberian kerana kedudukan itu rasuah

MALAYSIAKINI

 


Pemberian kepada seorang penguasa yang mempunyai kaitan dengan tindakannya serta mengganggu amanahnya dikira sebagai rasuah, kata Mufti Perlis Datuk Asri Zainul Abidin.

“Maka, seseorang penguasa atau pegawai atau petugas hendaklah merenung dirinya, pemberian yang diberikan kepadanya itu mempunyai kaitan dengan jawatan yang dipegangnya atau tidak.

“Jika ada kaitan yang akan mempengaruhi tindakannya atau akan mengganggu keadilan atau amanahnya, maka itu adalah rasuah.

“Kesan itu sama ada secara langsung atau secara tidak langsung,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, jika pemberian itu ikhlas atas dasar persabahatan atau kenalan dan tiada ruang untuk untuk penyalahgunaan kuasa maka ia hanya berupa hadiah.

“Jumlah ataupun nilai pemberian yang luar biasa kepada seorang penguasa ataupun pegawai yang pasti tidak diberikan jika tidak kerana kedudukannya, maka itu pasti rasuah,” katanya.

Asri tidak merujuk secara langsung kes tertentu dalam tulisannya di blog hari ini.

Ia bagaimanapun dilihat sebagai panduan umat Islam selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menjelaskan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak adalah sumbangan penderma.

Ia, kata suruhanjaya itu lagi, bukan berpunca daripada dana syarikat pelaburan negara 1MDB. 




SUMBER: http://ift.tt/1E5N8dz

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog