Sentimen politik di Sabah jauh lebih berliku dari di semenanjung, tetapi lebih muda diamati dan dijangka pada masa mendatang. Politik Sabah melihat personaliti 'calon' berbanding simbol 'parti'. Jika calon disukai, letak parti manapun dia akan menang. Begitu juga sebaliknya jika calon ditolak, letak parti mana pun, dia akan kecundang. Senario ini mengambil kira beberapa keputusan PRU atau PRK di Sabah.Masih ingat Datuk John Ghani menang di Kuala Penyu atas tiket BEBAS. Dan banyak lagi, termasuk Datuk Lajim Ukim.
Pengguguran Datuk Shafie Apdal dari rombakan Kabinet paieda asas kaca mata UMNO Pusat terutama Tuan Presiden UMNO, tidak akan menggugat keharmonian UMNO Sabah. Tapi bagi rumpun Bumiputera Islam sepanjang pessisiran pantai Timur, kegundah gulanaan politik berlaku. Shafie bukan sahaja dikatakan tokoh yang dimandatkan dalam penyampaian kehendak dan aspirasi akar umbi di pantai timur tetapi juga Shafiie dikatakan menjadi mangsa atas sebuah perjuangan kebenaran.
Rentetan daripada akhirnya kehendak akar umbi memutuskan membatalkan jemputan ke atas Presiden UMNO untuk merasmikan mesyuarat Bahagian Semporna dimana Shafie Apdal selaku ketua Bahagian di kawasan itu yang dijangka berlangsung 15 ogos ini.
Pembatalan jemputan tidak tidak pernah berlaku dalam sejarah politik UMNO Sabah sedua dekad yang lalu. Kepulangan Shafie Apdal ke Sabah disambut luar biasa oleh penyokongnya dan majlis bersama rakyat yang diadakan di perkarangan kediaman Shafie di Semporna menyaksikan kehadiran lebih 20 ribu orang dengan pelbagai sepanduk 'ah bog-bog" istilah tradisi masyarakat Semporna yang menggambarkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada seseorang ketua.
Apakah tindakan PM ini akan mengubah sentimen politik di Sabah?
SUMBER: http://ift.tt/1OPgyCp
Mat Sabu Semakin Hilang Halatuju
1 day ago
0 comments:
Post a Comment