PERANAN TAN SRI PANDIKAR AMIN DALAM MENYELAMATKAN NAJIB


pandikafr
Tun Mahathir dalam catatan terbaru di blognya bersetuju bahawa gerakan membawa usul tidak percaya kepada kepimpinan Najib di Parlimen tidak akan berjaya. Ini disebabkan menurutnya ramai MP BN yang merasakan terhutang budi kepada Najib. Namun begitu, kemungkinan akan ada pembawaan usul undi tidak percaya itu akan berlaku juga. Tetapi yang menentukan sama ada usul itu  berjaya atau tidak terletak di bawah bidang kuasa mutlak Speaker Dewan Rakyat iaitu Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Sebelum ini di era Pak Lah, keruncingan politik negara  juga membawa permohonan mengadakan usul tidak percaya kepada PM. Sebuah parti berasaskan kaum Cina di Sabah iaitu SAPP pernah cuba untuk membawa usul undi tidak percaya kepada PM di dewan Rakyat tetapi ditolak oleh Speaker.

Dari segi kekebalan undang-undang, Speaker Dewan Rakyat berhak menolak sesuatu usul mengikut Peraturan Mesyuarat 18, sekiranya usul itu dirasakan tidak releven dan perlu disegerakan. Malahan dalam kes Santiago MP Klang yang meminta Speaker Dewan memanggil sidang mesyuarat tergempar membincangan Najib dan 1MDB, Tan Sri Pandikar dalam responsenya menyatakan bahawa Speaker mempunyai kuasa muktamad dalam mentafsir peraturan mesyuarat mengikut peraturan mesyuarat 43.

Dalam konteks usul tidak percaya kepada PM, Datuk Seri Najib, Speaker Dewan Rakyat menjadi benteng terakhir buat Najib sebelum usu litu berjaya di bawa ke persidangan Parlimen. Terpulang kepada Tan Sri Pandikar MENERIMA ATAU MENOLAK usul berkenaan. Jika Tan Sri Pandikar Menolak usul berkenaan, maka sekalipun dikhabarkan bilangan MP cukup, situasi itu tidak akan membawa apa-apa makna.

Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata namun peluang untuk ianya terlaksana adalah tipis.
Katanya, syarat untuk membawa usul berkenaan ke Parlimen juga bergantung kepada sokongan.
“Memang ada kemungkinan ia akan berlaku namun kemungkinan itu tipis. Ia bergantung kepada sokongan Ahli Dewan,”

Jelasnya, mana-mana ahli Dewan boleh membawa usul berkenaan ke Parlimen sama ada dari parti pemerintah mahupun pembangkang.

“Mana-mana ahli Dewan berhak mengusulkan. Sokongan majoriti lebih 112 daripada 222 ahli dewan diperlukan untuk menjayakannya,” katanya.

Sementara itu, penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, syarat untuk melaksanakan usul berkenaan juga bergantung kepada budi bicara Speaker Dewan Rakyat.
Jelasnya, Speaker Dewan Rakyat mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak cadangan berkenaan.

Malah katanya, notis cadangan perlu dihantar tiga minggu lebih awal untuk diteliti sebelum usul itu diputuskan untuk ditolak atau diterima oleh Speaker.

“Sokongan majoriti mudah atau dua pertiga anggota, membawa usul dengan memberi notis kepada Speaker Dewan Rakyat dan terpulang sama ada Speaker menerima atau menolak kerana Speaker juga mempunyai kuasa untuk menolak.






SUMBER: http://ift.tt/1NgetSF

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog