FAKTA !!! APA NIAT SEBENAR #BERSIH #BERSIH4 ???


Apa niat sebenar Bersih apabila tetap berkeras untuk mengadakan protes jalanan di Kuala Lumpur,Kota Kinabalu dan Kuching menjelang ambang sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos? Adakan penubuhan Bersih,gabungan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahu mengubah sistem pilihan raya Malaysia untuk apa yang mereka dambakan sebagai pilihan raya bebas, bersih dan adil,menerusi landasan penerapan budaya asing protes jalanan? Dengan sengaja mengadakan protes menjelang sambutan hari jadi Malaysia,ia jelas kepada semua orang bahawa ia bertujuan untuk menganggu persiapan bagi sambutan itu dan disebalik cubaan banyak pihak untuk memujuk Bersih agar tidak meneruskan hasrat itu,semua pembayang menunjukkan yang mereka berkeras untuk meneruskannya.Polis amat bimbang dengan keselamatan orang awam, kerana dalam mana-mana protes jalanan, keadaan mudah menjadi tidak terkawal malah dengan hanya sedikit provokasi.Dan,dalam situasi seumpama itu,cukup mudah bagi ejen pencetus provokasi untuk mencetuskan keadaan huru-hara.Aktivis sosial terkemuka Dr Chandra Muzaffar tidak dapat lari daripada berasa cukup bimbang dengan perkara itu.

“Saya bimbang jika ada individu dan kumpulan yang hanya menunggu untuk mengeksploitasi protes jalanan yang dirancang itu untuk sengaja mencetuskan huru-hara dan keganasan,” katanya kepada Bernama.Dr Chandra berkata walaupun protes jalanan adalah dibenarkan oleh undang-undang dan dilindungi di bawah hak warganegara untuk berhimpun secara aman mengikut Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan,beliau tetap bimbang yang ia akan mencetuskan huru-hara dan keganasan yang boleh membawa kepada darurat diisytiharkan.Jika Bersih menetapkan perhimpunan hanya diadakan di Kuala Lumpur seperti tiga perhimpunan sebelum ini,pada 2007,2011 dan 2012,rancangannya kali ini untuk turut mengadakan perhimpunan di ibu negeri Sabah dan Sarawak,hanya menunjukkan yang ia tidak peduli tentang keamanan dan keselamatan orang awam di kedua-dua negeri itu juga.Jika ketaksuban Bersih dalam mengadakan protes jalanan boleh diumpamakan seperti menikmati hidangan, ia bukan hanya sekali sahaja menambah makanan tetapi tiga kali dan kini mahu menambahnya buat kali keempat menerusi apa yang dipanggil Bersih 4.0 pada hujung minggu ini. 

Dr Chandra mempunyai alasan kukuh untuk berasa bimbang jika berlaku keadaan huru-hara dan keganasan kerana idea pengerusi Yayasan 1Malaysia itu untuk mengisytiharkan Kuching sebagai Bandaraya Perpaduan yang pertama di dunia menjadi kenyataan pada 1 Ogos.Jaminan Bersih bahawa protes akan berlangsung secara aman tidak semudah seperti yang dijanjikan kerana jika keadaan menjadi tidak terkawal, penganjur tidak mampu berbuat apa-apa mengenainya. Malah penganjur tidak mampu mencegah peserta protes daripada membawa anak-anak kecil mereka bersama-sama, seperti yang dapat dilihat pada perhimpunan sebelum ini. Apa lagi yang dapat dikatakan tentang tindakan tidak bertanggungjawab itu. “Ini asing kepada budaya politik kita. Demonstrasi jalanan tidak menyelesaikan masalah dan, lebih-lebih lagi, ia bertujuan untuk mengganggu-gugat proses demokrasi negara,” kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. “Ia bertujuan untuk menghasut rakyat untuk memberontak. 

Ini bukan amalan kita proses demokrasi negara telah membolehkan rakyat untuk memilih mana-mana parti politik sebagai parti pemerintah, selain mereka bebas menyuarakan pandangan-pandangan anti-kerajaan,” katanya. Kali ini, Bersih 4.0 diadakan dengan tujuan untuk mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan dan menggesa urus tadbir bersih.Sebarang pertukaran kerajaan atau pemimpin di negara ini dilakukan menerusi peti undi dan bukannya cuba mencontohi gerakan seperti pemberontakan ‘Arab Spring’ di Mesir,Libya atau Tunisia atau demonstrasi besar-besaran dan ganas ala Bangkok yang berlarutan berminggu-minggu.Aktiviti politik di Malaysia perlu dilakukan secara ‘gentleman’ atau beradab disebalik walaupun ia mungkin sebuah negara yang paling dipolitikkan di dunia.Sudah tiba masanya bagi negara untuk mempunyai corak politik ‘bermusim’ dan ‘tidak bermusim” supaya rakyat dapat menjalankan urusan kerja dan perniagaan mereka tanpa perlu bimbang mengenai protes jalanan atau terlebih politiking. Dan dengan pilihan raya umum akan datang hanya kira-kira dua tahun lagi, ahli politik dan NGO cenderung ke arah politik seperti Bersih perlu menerajui langkah itu. — BERNAMA

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN


SUMBER: http://ift.tt/1hE4Lg0

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog