SANDRA SOKIAL
Sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu sebuah restoran makanan laut di Sandakan dan melarikan pemiliknya Thien Nyuk Fun dan salah seorang pelanggan Bernard Thed Ten Fen pada 14 Mei tahun lalu.
KOTA KINABALU, Kumpulan penculik yang melarikan dua rakyat Malaysia daripada sebuah restoran makanan laut terkenal di Sandakan meminta wang tebusan dalam jumlah yang melampau.
Rundingan setakat ini berjaya mengurangkan jumlah wang tebusan yang diminta daripada RM60 juta kepada separuh dari jumlah berkenaan untuk kedua-dua tebusan, namun Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berharap ia akan terus dikurangkan.
“Diharap jumlah itu dapat dikurangkan lagi kerana jumlah RM30 juta untuk seorang tebusan adalah melampau. Mereka tidak mampu bayar. Orang lain juga tidak mampu.
“Rundingan terus berjalan dan buat masa ini, jumlah berkenaan berjaya dikurangkan 50 peratus. Kita mengharapkan ihsan daripada mereka agar tidak mempergunakan rakyat di negara ini sebagai tebusan untuk mendapatkan wang. Fikirkan tentangnya.
“Perkara ini adlaah tidak wajar, seluruh dunia tidak suka dengan apa yang berlaku. Ia tidak adil untuk melayan orang lain sebegitu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri polis Kontinjen negeri di Ibu Pejabat Polis Sabah di Kepayan, hari ini.
Jalaluddin berkata, pihaknya memantau perkembangan dua tebusan terbabit dan menambah terdapat komunikasi antara kumpulan terbabit dengan ahli keluarga mangsa.
Katanya, kumpulan terbabit menjaga keperluan perubatan tebusan, memandangkan salah seroang daripada mereka menghidap kencing manis.
“Polis turut mengadakan kerjasama dengan pihak Filipina untuk mencari jalan terbaik menyelesaikan dan mengenal pasti kumpulan yang terlibat.
“Kumpulan terbabit berada di kawasan pendalaman di Selatan Filipina. Sukar untuk menjejaki mereka,” katanya.
Pada 14 Mei lalu, sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu sebuah restoran makanan laut di Sandakan dan melarikan pemiliknya Thien Nyuk Fun dan salah seorang pelanggan Bernard Thed Ten Fen.
Dalam perkembangan lain, Jalaluddin berkata, polis masih menunggu Doris Jones yang kini berada di UK untuk pulang ke Sabah
“Sebarang berita kepulangannya di Labuan atau di sini, maklumkan kepada saya. Kita akan tunggunya di lapangan terbang,” katanya.
Tambahnya, tindakan hanya boleh diambil ‘sebaik sahaja Doris pulang ke Malaysia’ dan berkata waran tangkap telah dikeluarkan pada 16 Januari lalu meletakkan Doris dalam senarai dikehendaki polis di bawah Akta Hasutan namun ia hanya berkuatkuasa dalam negara.
Pada Februari, Jalaluddin mengumumkan polis mengeluarkan waran tangkap terhadap Doris Yapp Kim Young, 45 yang mana alamat terakhirnya adalah di Labuan bagi kesalahan di bawah Akta Hasutan.
Doris dipercayai adalah dalang disebalik akaun Facebook ‘Sabah Sarawak Kelaur Malaysia’ yang diwujudkan bagi memberi ‘kesedaran’ kepada hak Sabah dan Sarawak untuk keluar dari Malaysia.
SUMBER: http://ift.tt/1OPVwUi
0 comments:
Post a Comment