Polis gagal temui cap jari pada dua set barang

SINAR HARIAN

Sabah diceroboh
Sabah diceroboh
 
 
KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi di sini diberitahu bahawa seorang pegawai forensik polis tidak mengesan sebarang cap jari pada dua set barang yang dirampas dalam Ops Daulat, operasi yang dilancarkan untuk membanteras penceroboh Sulu di Lahad Datu.
 
Asisten Superintendan, Tha Na Sak berkata beliau dan pasukannya memeriksa satu set barang yang dirampas itu pada 29 Mac 2013 dan satu set lagi pada 1 April 2013.
 
"Saya dan pasukan saya mengasingkan barang kes dan menandainya. Saya juga cuba mengambil cap jari daripada barang tertentu, tetapi tidak menemuinya," kata beliau.
 
Pegawai forensik kontinjen polis Johor itu memberi keterangan pada perbicaraan 30 individu yang dikaitkan dengan pencerobohan lelaki bersenjata Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada Februari 2013.
 
Tha memberitahu mahkamah bahawa beliau dan pasukannya melakukan pemeriksaan terhadap set pertama barang yang dirampas itu di dewan ibu pejabat polis Lahad Datu dan satu set lagi diperiksa di Pangkalan Polis Marin Lahad Datu.    
 
Beliau berkata ketika menerimanya, barang rampasan itu berisi di dalam plastik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tetapi selepas diproses, plastik itu tidak digunakan semula dan setiap barang berkenaan diisi ke dalam bungkusan forensik polis yang disita.
 
Antara barang itu ialah pakaian, selimut dan telefon bimbit Nokia yang tidak mempunyai bateri dan penutup bateri, katanya.
 
Dua puluh tujuh warga Filipina dan tiga penduduk tempatan dibicarakan atas pelbagai tuduhan termasuk menganggotai kumpulan pengganas dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.
 
Mereka juga dituduh merekrut anggota untuk kumpulan pengganas atau secara sukarela melindungi individu yang mereka tahu adalah anggota kumpulan pengganas.
 
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu antara 12 Februari dan 10 April, 2013. 
 
Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah bersambung esok. - Bernama
 
 


SUMBER: http://ift.tt/1IK7HhM

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog