Adakah Ku Li, orang tua yang dimaksudkan Zahid?


Timbalan PM, Dato Ahmad Zahid menafikan orang dalam UMNO yang mahu jatuhkan kerajaan adalah Tan Sri Muhyiddin atau Dato Shafie Apdal. Dia hanya kata "orang tua".
Ada yang kata orang tua yang disebut adalah Tun Dr Mahathir tapi pandangan ini disangkal kerana pendirian Tun jelas mahu jatuhkan Najib saja.

Belum dengar kenyataanya mahu jatuhkan kerajaan BN. Dia masih beri alasan mahu selamatkan UMNO.

Hari ini, bekas Setiausaha Agung PAS, Dato Mustapha Ali memberitahu Tengku Razaleigh pernah terima lawaan untuk jadi PM jika PR menang PRU13. Baca Mkini di SINI

Adakah orang tua yang dimaksudkan Zahid sebagai Ku Li?

Kalau dilihat sejarah dan profil orang-orang Ku Li, mereka semua selesa dengan pembangkang. Ada dalam pembangkang dan rata-rata kebanyakkan terlalu kritikal terhadap UMNO.

Setakat kata2 Stopa Ali belum boleh pakai sangat kerana mungkin bertujuan untuk timbulkan konflik dalaman yg lebih teruk dalam UMNO.

Mungkin juga Stopa mahu mula lambungkan atau jual nama Ku Li untuk didebat awam.

Orang yang dikatakan orang tua yang mahu tumbangkan kerajaan pun tak muncul dirumah PM seperti dikatakan Zahid.

Ramai marah dan persoal Zahid. Kalau wartawan dah berkumpul.di gate untuk tahu sapa, tentulah orang tersebut tak muncul.


Tapi fikirlah. Ekoran keluar senarai 20 yang dikatakan dalang, ramai buat kenyataan menafikan.

Mungkin ini helah untuk matikan sebarang komplot dalam UMNO. Ramai pemimpin akan berhati2 dengan kenyataan masing2.

Cuma sekarang ni, cawangan yang bergolak perlu ditenangkan.




SUMBER: http://ift.tt/1MEDOps

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog