Heh! Inilah sikap Penafian atau lebih dikenali dengan gelaran 'Denial Syndrom' yang sudah menjadi amalan kebiasaan bagi puak - puak dikalangan Pakatan Haramjadah tu sendiri.
Semalam, sidang Dewan Undangan Negeri Pahang digamitkan dengan aksi wakil Kerajaan Negeri, Dato' Sri Shahirudin Ab Moin, yang turut membawa sample barangan harian sewaktu sesi penggulungan.
Niat YB Dato' Sri Pengerusi Koperasi, Keusahawanan dan Kepengunaan Negeri itu adalah bagi menyangkal dakwaan dari pihak Pembangkang yang menyatakan SEMUA barang keperluan ni mahal.
Antara barang - barang yang dibawa untuk dijadikan sebagai sampel ialah pati jus Oren, Sardin, Minyak Masak, Susu dan juga sample seluar dalam yang turut menjadi bahan tarikan.
Bengkak dengan aksi yang ditonjolkan membuatkan seorang ADUN DAPigs bangkit dan mempersoalkan kenapa barang - barang keperluan harian seperti sardin dan sebagainya dikenakan GST.
Menjawab soalan tersebut secara spontan, YB Dato' Sri Shahirudin menjelaskan bahawa barang yang dijadikan sebagai sample itu tiada GST sebab barang - barang itu dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia, KR1M.
Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, YB Dato' Shahirudin menjelaskan bahawa barang - barang sample yang dibawa itu jauh lebih murah harganya dari barang - barang yang dijual dipasaraya.
Mungkin malu dengan jawapan yang diberikan, ADUN DAPigs tu sekali lagi bangkit mendakwa Kerajaan hanya mampu menawarkan barang yang murah kepada rakyat serta menjadikan itu sebagai bukti keGAGALan pihak Kerajaan.
Kan nampak sangat tak munasabah dakwaan yang diberikan oleh ADUN DAPigs tu? Kerajaan bagi pilihan kepada rakyat untuk mendapatkan barang murah pun dianggap sebagai satu keGAGALan?
Bukan ke selama ini puak - puak Pakatan Haramjadah tu kata, implimentasi GST tu menyebabkan harga barang jadi mahal? Salah ke kalau Kerajaan menawarkan barang yang harganya murah?
Bercerita pulak pasal dakwaan yang dibuat oleh ADUN DAPigs tu mengenai soal kenapa barang - barang keperluan harian dikenakan GST, adakah sebelum ini barang - barang itu tidak dikenakan SST?
Kalau dulu, cukai SST adalah sebanyak 10 peratus. Sekarang GST hanya pada kadar 6 peratus sahaja. Sepatutnya, harga barang - barang keperluan harian tu akan menurun sebanyak 4 peratus.
Tapi, disebabkan kerakusan dan ketamakan puak - puak Peniaga dan Pemborong menyebabkan harga barang tu semakin meningkat dan seterusnya membebankan rakyat secara keseluruhan.
Maka sekarang, terbukti bahawa dakwaan yang dibuat oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu sendiri adalah tidak benar. Bukannya semua barang yang dijual dipasaran tu mahal harganya.
Bergantung kepada sikap peniaga tu sendiri. Kalau syarikat macam MyDIN boleh serap GST demi untuk memastikan harga barang keperluan tak naik, kenapa tidak syarikat - syarikat besar yang lain? Maka, jadilah rakyat yang bijak. Pilihan ditangan masing - masing!!!
SUMBER: http://ift.tt/1Axl2Mc
0 comments:
Post a Comment