DEMI KEDUDUKAN, MARUAH PARTI PUN SANGGUP DIGADAIKAN!!!

“Hati-hati dengan kepimpinan gila kuasa Suhaizan Kayat…Sikap desperadonya untuk mempertahankan kuasa Ketua Pemuda Pusat telah memudahkan rahsia jemaah untuk Muktamar Pemuda PAS Pusat BOCOR….

“Laporan tahunan disebarkan seminggu dengan tiada jaminan kerahsiaan kepada umum. Exco-exco Pemuda PAS Malaysia (PPM) dibelasah oleh umum tanpa hak keadilan kepada mereka untuk buat penjelasan dan jawapan.

“Muktamar Pemuda PAS Pusat hanyalah seumpama muhasabah laporan tahunan yang basi. Medium Muktamar untuk Muhasabah Pemuda PAS Malaysia hanyalah satu kebodohan kepada Perwakilan yang mahu bermuhasabah apa yang telah bocor kepada umum…”

Demikian yang dilaporkan oleh puak - puak Pro Ulama dalam laman media sosial hari ini. Jelas mereka mempertikaikan tanggungjawab Si Ketua Pemuda PAS tu sendiri terhadap amanah yang diberikan.

Secara jujurnya, mereka terkejut apabila membaca satu penjelasan daripada seorang perwakilan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) berkenaan pembocoran kehadiran mesyuarat DPPM itu.
“Bagaimana mungkin jika buku laporan muktamar yang sepatutnya perlu dibentangkan terlebih dahulu di dalam mesyuarat DPPM tetapi berlaku sebaliknya.

“Tersebar merata-rata laporan tersebut tanpa ia dibentangkan terlebih dahulu di dalam mesyuarat exco DPPM. Apa tujuan dibocorkan laporan tersebut?

“Mengapa laporan tersebut tidak dibentangkan terlebih dahulu di dalam mesyuarat exco untuk finalize sebagaimana penjelasan perwakilan tersebut?


“Saya mencadangkan saudara KP, Suhaizan menjawab segala kepincangan ini. Kerana ia jelas mencalarkan imej kepimpinan beliau,” jelas kumpulan Pro Ulama tu.
Soalnya, apa tujuan mereka mendedahkan senarai kehadiran mesyuarat itu secara terang - terangan? Kenapa perlu senarai kehadiran itu dipamerkan tatkala menjelang pemilihan parti diadakan?

Dari penjelasan yang diberikan oleh mereka, tindakan mendedahkan senarai kehadiran itu hanya sekadar satu propaganda untuk memburukkan calon Pro Ulama yang tidak menyebelahi Si Suhaizan Kaiyat tu.

Tujuan mereka ialah untuk mencemar imej serta mendedahkan sifat tidak bertanggungjawab yang ditonjolkan oleh kumpulan yang Pro Ulama dalam menjalankan tugas serta tanggungjawab masing - masing.

Jadi, tak heran la jika dikalangan puak - puak PAS tu sendiri tampil untuk mendedahkan niat jahat yang ditonjolkan oleh Si Suhaizan Kaiyat tu kepada umum. Tapi, apa apa nak heran. Sedangkan perjuangan parti pun sanggup dia pinggirkan demi kepentingan Politik Peribadi, inikan pulak setakat nak memburukkan orang lain!!!


SUMBER: http://ift.tt/1FV5odJ

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog