Pendikar Amin nafi letak jawatan

METRA SYAHRIL MOHAMED DAN MABULMADDIN SHAIDDAN 18 Mei 2015 1:33 AM 

KOTA BELUD 17 Mei – Tan Sri Pandikar Amin Mulia menafikan bahawa beliau akan meletakkan jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat seperti yang dilaporkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Tan Sri Pandikar Amin  Mulia
Bagaimanapun beliau mengaku ada pertemuan dengan bekas Perdana Menteri itu dan hanya berkisar tentang perbincangan politik semasa negara selain melahirkan kekecewaannya terhadap keadaan Parlimen yang setiap kali bersidang, ‘dijamu’ dengan perkara meremehkan.

Jelasnya, ‘pendedahan’ Dr. Mahathir dalam sebuah forum di Ipoh, Perak semalam itu hanyalah pendedahan separuh dan tidak menggambarkan keseluruhan perbincangan.

“Saya tidak akan bercakap yang lebih-lebih kerana saya tidak akan mengaibkan atau pun membuat kenyataan yang menyentuh perasaan Dr. Mahathir.

Beliau mentor saya dan guru politik kepada semua pemimpin yang ada di negara ini. Maka, kalau pemimpin kerdil seperti saya ini, pemimpin kampung, bertemu dengannya, untuk bincang-bincang tentang politik semasa, saya rasa itu bukan satu perkara luar biasa.

“Setahu saya, apabila seseorang itu meletakkan jawatan, peletakan jawatan itu harus ditujukan kepada orang yang berwajib iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kalau beliau kata saya letak jawatan, itu cerita tidak lengkap sedangkan beliau bukanlah orang yang berwajib untuk saya hantar peletakan jawatan.

Kalau beliau buat kenyataan begitu, satu perkara yang timbul ialah menimbulkan krisis politik dalam negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival BE Skills GiatMara Negeri Sabah di Dataran GiatMara Kota Belud dekat sini hari ini.

Pandikar Amin mengulas pendedahan Dr. Mahathir dalam satu forum di Ipoh yang kononnya Yang Dipertua Dewan Rakyat itu telah meletakkan jawatan.

Susulan itu, Pandikar Amin dalam satu kenyataan akhbarnya malam tadi menafikan perkara tersebut sambil menegaskan tidak akan meletakkan jawatan dan akan mempengerusikan sidang Dewan Rakyat esok.

Beliau memberitahu, pertemuan bersama Dr. Mahathir itu merupakan pertemuan antara pemimpin dan pemimpin.

“Dalam pertemuan itu, saya harus bertanya apa yang terjadi kepada negara. Selama ini pun saya tidak pernah mengatakan bahawa saya tidak sokong siapa dan saya sokong siapa kerana peranan saya sebagai Speaker adalah saya orang tengah.

Apabila beliau bercakap begitu (letak jawatan) bermakna adalah, itu cerita bukan sampai habis di situ, ada sebab mengapa.

 “Mungkin antara sebabnya bahawa saya sudah fed up (kecewa) dengan keadaan di Parlimen yang setiap kali apabila ada persidangan sahaja, perkara yang harus tidak diperbesarkan, perkara remeh, dikasi (diberi) remeh. Harus diingat bahawa saya (memegang jawatan) Speaker sudah tujuh tahun,” tegasnya.

Ujarnya, setiap kali beliau menyeru kepada pemimpin-pemimpin terutama ahli-ahli Yang Berhormat iaitu dalam usaha meningkatkan martabat Parlimen Malaysia, mereka harus mempunyai mentaliti kelas pertama, bukan sahaja infrastruktur.

“Jadi kadang-kadang kita sebagai peneraju, kita ada kekecewaan dengan sesuatu perkara yang kita hendak. Itu yang saya ada cetuskan kepada Dr. Mahathir. Jadi itu sebab saya kata, kenapa tidak Dr. Mahathir beri lengkap perbicaraan kami itu.

“Tetapi di saat-saat terakhir ini pula, beliau mengatakan menarik sokongan daripada Najib. Saya berjumpa dengan Dr. Mahathir, saya bertanya, apa sebab? Jadi saya bukan jenis manusia yang pandai menasihat, apa macam saya kasi (beri) nasihat sama Dr. Mahathir, macam mana kita boleh menasihati kepada Najib,” jelasnya.( Utusan on line-Parlimen)..Posted by abnmulya / haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 8.28 amonMay 20,2015.

SUMBER: http://ift.tt/1HjAN6b

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog