APA KATA KHALID SAMAD BILA RAMALANNYA MELESET???

Itu satu persoalan yang perlu diajukan kepada Si Khalid Samad tu secata terbuka. Apa kata dia bila ramalan yang dia buat terhadap sokongan dikalangan puak - puak PAS tu ternyata meleset?

Sebelum ini, Khalid Samad pernah tampil dengan membuat ramalan bahawa dikawasan Permatang Pauh akan berlaku protes senyap yang didalangi beberapa orang ahli - ahli PAS terhadap Calon PKR.

Kata Si Khalid Samad, protes senyap itu adalah antara pendekatan digunakan bagi memastikan PKR tumbang di Permatang Pauh dan mendesak PAS untuk keluar dari Pakatan.
“Kita tak boleh nafikan wujud kumpulan yang ingin supaya Pas keluar dari PR sama ada mereka benar-benar ahli Pas atau pun hanya individu yang menyamar sebagai ahli Pas.

“Pendekatan diguna merupakan satu bentuk provokasi supaya PKR kalah dan Pas keluar PR demi BN kekalkan kedudukan sebagai pemerintah,” katanya yang dipetik dari Antarapos.
Namun ternyata, ramalan yang dibuat oleh Si Khalid Samad tu ternyata meleset apabila Si Wan Azizah tu sendiri mendedahkan bahawa kemenangannya dengan majoriti kecil adalah disebabkan sokongan ahli PAS.

Jelas, kenyataan yang dibuat oleh Si Wan Azizah tu secara tidak lansung menafikan ramalan yang telah dinyatakan oleh Si Khalid Samad sebelum ini. Ramalan yang dia buat jelas tidak munasabah.

Tapi hakikatnya, perkara itu bukan la satu tindakan baru buat Si Khalid Samad ni. Sebelum ini pun dia juga pernah menuduh ahli PAS di DUN Kota Damansara cuba mengkhianati parti sendiri.

Dalam dakwaan tersebut, Si Khalid Samad tu kata, ahli - ahli PAS di DUN Kota Damansara bertanggungjawab kepada kekalahan mereka kerana meletakkan calon menentang rakan lain dalam Pakatan.

Dakwaan yang dibuat oleh Si Khalid Samad tu turut mendapat tentangan dari Calon PAS dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin yang turut mendesak agar Si Khalid Samad tu dikenakan tindakan disiplin.

Tapi sehingga ke hari ini, kenapa Si Khalid Samad tu masih tidak dikenakan sebarang tindakan disiplin sedangkan dia dah banyak kali membuat kenyataan yang membelakangi parti sendiri?

Adakah Si Khalid Samad tu kebal dari sebarang tindakan parti? Adakah Si Khalid Samad tu mempunyai keistimewaannya tersendiri untuk mengutuk dan mengkritik parti secara terbuka?

Kenapa Si Khalid Samad tu kritik tidak dikenakan sebarang tindakan sedangkan mereka yang lain pula sebaliknya? Cuba kalau yang mengkritik tu terdiri dari kalangan ahli - ahli PAS biasa. Dah tentu - tentu ada yang kena gantung atau ditendang keluar dari parti!!!


SUMBER: http://ift.tt/1K0CDPv

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog