Najib Mengaku 1MDB Ada Masalah ! ? ?


Banyak Najib bercakap semalam di Tawau Sabah ... Reaksi pertama saya adalah - Takut rupanya Najib kat Tun Mahathir ! Hahaha ..... 
Disebalik kegarangan Najib terserlah ketakutan dan kerisauan beliau akan tekanan yang semakin kuat terasa dek suara rakyat yang semakin vokal mempersoalkan tindakan2 beliau. Begitu juga suara dari pemimpin2 Umno dan Pemuda sendiri yang mula menuntut penjelasan tentang 1MDB.

Najib sudah goyang !

Saya nak sentuh 2 perkara yang disebut Najib. Pertama komen mengenai 1MDB -

Najib berkata kenyataan Dr Mahathir berhubung 1MDB kebelakangan ini berbelit-belit, sekejap kata 1MDB hilang RM42 bilion selepas itu kata pula tak hilang tetapi 1MDB berhutang RM42 bilion.

Beliau menegaskan kerajaan ada cara tersendiri untuk menyelesaikan isu 1MDB jika diberi tempoh
.- Mkini @ Bernama.


Hmmmm ....kerajaan ada cara tersendiri untuk selesaikan ISU 1MDB ..... betul ke apa yang Bernama tulis tu ?  

Kebetulan saya ada rakam dari berita TV3 sedutan ucapan Najib tadi. Ayat yang Najib sebut adalah - 

Kalau bagi tempoh, kita boleh selesaikan perkara ini. Kita ada cara.

Lebihkurang samalah dengan apa yang Bernama tulis kan .... cuba anda baca balik ayat Najib tu .... tidakkah bunyinya seperti satu pengakuan bahawa 1MDB ini ADA MASALAH yang perlu diselesaikan ! ?

Ini pertamakali Najib seolah mengaku 1MDB ada masalah ! Kalau tidak ada masalah seperti mana lagak Najib selama ini, seharusnya tidak ada apa2 perkara yang perlu diselesaikan, kan ? Tapi apa kata Najib -

....kita boleh selesaikan perkara ini. Kita ada cara.


So.... Najib, APA MASALAHNYA DENGAN 1MDB ? Apa yang rakyat boleh nampak, TIDAK ADA sorang pun pemimpin kabinet baik Menteri, Timbalan Menteri, atau mana2 pemimpin dari Umno yang tahu tentang 1MDB ! Semua BLUR.

Kalau tidak, masakan mereka pun bertanyakan tentang Jho Low baru2 ini ? Dan ramai juga yang menuntut Najib tampil beri penjelasan.  Padahal mereka semua sebelum ini menyatakan semuanya OK, tapi sekarang ?

Ahmad Maslan pun dah lama senyap tentang 1MDB ni .......


Bagaimana sebuah syarikat milik penuh rakyat melalui kerajaan yang berhutang hampir RM49 billion setakat ini boleh menjadi rahsia daripada kabinet sendiri ? GILA KE APA sampai kabinet pun tak tahu apa2 ! ? ? 

Tapi duit pinjaman billion2 tetap juga kerajaan hulur kepada 1MDB ...... APA NI ? ? 

Kalau kerajaan pandai minta rakyat tunggu siasatan selesai, maka janganlah BAIL OUT sehingga siasatan juga selesai. Apakah tempoh yang Najib sebut di atas merujuk kepada 'siasatan Ketua Audit ' ? 

Yalah, sejak Najib sebut nak siasat, apasaja persoalan tentang 1MDB akan dijawab dengan alasan - Tunggulah siasatan selesai .... 

Siasatan itu seolah sudah menjadi satu alasan untuk menutup mulut pengkritik. Buying time.

Takkan persoalan yang memerlukan satu jawapan mudah, yang boleh dijawab segera oleh 1MDB  tanpa sebarang kos, pun memerlukan siasatan Ketua Audit Negara dan PAC ?

Saya maksudkan bukti yang menunjukkan akaun 1MDB di BSI Singapura  ada wang USD1.103 billion ( atau RM4 billion ) sebagaimana jawapan bertulis Najib di Parlimen.

Rakyat tertanya2 sebab banyak perkara berkaitan yang menimbulkan keraguan kewujudan wang itu. Antaranya -

- Kenapa sampai tertunggak beberapa kali hutang RM2 bil sehingga memalukan nama negara dimata dunia bila berita tentangnya turut tersebar luas ? Padahal ada RM4 bil di Singapura ....

- 1MDB terpaksa meminjam pula untuk bayar hutang tersebut ! Padahal ada RM4 bil di Singapura...

- Waktu sama, kerajaan beri pula pinjaman hampir RM1 bil kepada 1MDB .... Padahal ada RM4 bil di Singapura...

- 1MDB macam terdesak menuntut bayaran penuh tak sampai RM200 juta pun dengan segera sebaik saja selesai perjanjian jualbeli tanah TRX kepada Tabung Haji ( SOP biasanya 10% dulu sehingga selesai urusan tukarmilik ) ..... Padahal ada RM4 bil di Singapura ....

- Timbul dakwaan dari Sarawak Report yang mendakwa bank BSI sendiri mengakui akaun itu tidak berduit dan 1MDB telah dengan sedar menunjukkan dokumen palsu bagi menunjukkan wang itu ada dan Najib selaku Menteri Kewangan telah memberi jawapan bertulis yang tidak benar di Parlimen ! 


Salahkah rakyat menuntut bukti wang itu wujud ? Perkara sesenang itu pun tidak mampu Najib dan 1MDB jawab ? ? ?  Itu pun nak kena tunggu siasatan audit selesai ?

Oya, dah alang2 saya nak tanya juga, pinjaman standby credit itu masih ada baki berapa ringgit ?

Jadi bila Najib berkata yang kerajaan ada cara tersendiri untuk selesaikan ISU 1MDB,  adakah itu bermaksud yang rakyat tidak berhak tanya ?

Bukankah Najib juga yang berkata ketika mula dilantik menjadi Presiden Umno dan secara otomatis menjadi PM dulu, bahawa era kerajaan lebih tahu sudah berlalu .....

Bunyi tak selari maksud kedua kenyataan itu.

Hmmm ... panjanglah pulak. Point2 lain saya akan sambung di artikel lain...

SUMBER: http://ift.tt/1Eu2lnH

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog