UMNO perlu bimbang Tun M tidak lagi sokong Najib

 
Penarikan sokongan oleh bekas Perdana Menteri itu membuka ruang kepada musuh kerana ia menggambarkan kekuatan dan kelemahan yang sedang dihadapi UMNO.


najib_mahathir_umno_600


PETALING JAYA: Pemimpin dan ahli UMNO perlu merasa bimbang dengan penarikan sokongan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Nasihat itu diberikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang mengaku beliau juga bimbang dengan persengketaan antara Dr Mahathir dan Najib.

Beliau berkata, penarikan sokongan oleh bekas Perdana Menteri itu membuka ruang kepada musuh kerana ia menggambarkan kekuatan dan kelemahan yang sedang dihadapi UMNO.

“Saya beranggapan apa yang penting kepada kita bagaimana kita menyelesaikan masalah ini
(persengketaan). Ini yang saya tekankan dari awal,” katanya pada sidang media selepas ‘Sof Launch’ Anugerah Ilham Desa di Sri Pentas TV3 pada Selasa.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata, persoalan yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri itu perlu diperjelaskan oleh Najib dan UMNO.

“Satu penyelesaian yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir perlu kita jelaskan. Kita perlu ambil langkah-langkah (supaya tidak kelihatan) parti itu berpecah dan boleh menjejaskan perjuangan,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai dakwaan Dr Mahathir bahawa Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang memalukannya, Shafie berkata’

“I dont want to response. Itu dia punya hal. Kita kena hormati dia bekas pemimpin. Between him and Pandikar (Amin),” katanya.



SUMBER: http://ift.tt/1AbODdJ

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog